Jemaah Malaysia yang bakal menunaikan fardu haji tahun ini dijangka berhadapan dengan cabaran cuaca panas.
Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) sebagai pemudahcara rukun Islam kelima itu memberitahu, suhu musim haji tahun ini dijangka mencecah 50 darjah Celsius.
Sehubungan itu, Pengurus Besar Kanan Tabung Haji, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman menasihatkan jemaah haji untuk menjaga kesihatan dan minum air yang banyak.
Menurutnya, pihak Tabung Haji juga menyediakan khemah di Arafah dan Mina yang dilengkapi pendingin hawa sebagai langkah persediaan dalam menghadapi keadaan tersebut.
"Selain minum air, saya nasihat mereka jangan terlalu dedah di bawah cuaca panas bagi mengelakkan berlaku strok haba dan badan mengalami kekurangan air," katanya seperti dilapor portal berita Utusan Malaysia pada Khamis.
Syed Saleh berkata demikian kepada wartawan pada Majlis Pelepasan Kumpulan pertama jemaah haji di Kompleks Tabung Haji Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Dalam masa sama, Syed Saleh yang juga Ketua Rombongan Haji Malaysia berkata, pada tahun ini, Tabung Haji memperkenalkan pembaharuan dalam aspek sajian pemakanan buat jemaah Malaysia yang akan menunaikan fardu haji.
Pembaharuan yang dimaksudkan beliau ialah, makanan sedia dimakan atau ‘food ready to eat’ akan diperkenalkan buat 30,200 jemaah haji Malaysia.
Katanya, kaedah penyediaan 'food ready to eat' itu ialah dengan melalui cara dengan makanan diletakkan air panas sebelum dijamah.
"Ketika jemaah berada di Mina dan Arafah, sebanyak tiga menu daripada 15 menu makanan seperti nasi beriani dan nasi arab akan disediakan menerusi kaedah ini.
"Ini merupakan projek perintis kerana setiap tahun di kawasan perkhemahan jemaah, kita perlu menggunakan kayu api untuk memasak setiap sajian, tetapi menerusi cara sebegini ia dilihat lebih mudah dan dijamin kualiti serta bersih," kata Syed Saleh lagi seperti dilaporkan portal berita itu.
Portal itu turut melaporkan, kaedah penyediaan makanan itu merupakan projek perintis oleh Tabung Haji.
Sehubungan itu, pihaknya akan melihat keberkesanan pelaksanaan 'food ready to eat' dalam musim haji tahun ini.
"Kita melihat ini juga dapat memudahkan daripada segi pengawalan jumlah sajian dan tiada pembaziran kerana setiap kali akan ada makanan berlebihan apabila jemaah mempunyai makanan tersendiri.
"Sekurang-kurangnya kita dapat ketahui jumlah makanan disediakan dan tidak berlaku pembaziran," katanya.
Astro Awani
Thu Jul 04 2019

Jemaah haji dijangka berhadapan dengan cuaca panas sepanjang musim haji tahun ini. - Gambar fail AFP

Gempa bumi sederhana melanda Selatan Sumba, Indonesia
Gempa itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.

Sukan Perpaduan Islam: Irfan Shamsuddin dibatasi kecederaan
Dia melakar catatan 59.37m menerusi balingan pertamanya dan hanya menyempurnakan dua lontaran daripada baki aksi.

Karachi, bandar paling tidak sesuai didiami di dunia
Ia diburukkan lagi dengan isu kebersihan apabila sampah dan sisa makanan dibuang di tepi jalan, mengundang ketidakselesaan.

3,942 kes baharu COVID-19, empat kematian
Pengurangan itu menjadikan jumlah keseluruhan kes kepada 4.69 juta sejak pandemik melanda negara.

Penganalisis semak semula unjuran KDNK 2022 hingga 6.6%, jangka OPR dinaikkan September ini
Pertumbuhan pada suku berkenaan adalah lebih kukuh berbanding suku pertama yang berkembang 5%.
![AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [13 Ogos 2022] AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [13 Ogos 2022]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1982406/thumbnails/28747944061660351721926_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [13 Ogos 2022]
Ketahui berita yang perlu anda tahu hari ini bersama Afiezy Azaman dan Geegee Ahmad dalam #AWANIpagi Antara fokus AWANI Pagi hari ini merangkumi: Malaysia laksana polisi pengurusan kenderaan akhir hayat menjelang 2025 Kuasa beli menurun, corak perbelanjaan kini berubah - Kajian #AWANInews #MalaysiaSihat

Hong Leong Bank diiktiraf bank PKS terbaik untuk kali ke-4 di Anugerah Perkhidmatan Kewangan Runcit 2022
HLB juga dinobatkan sebagai 'Bank PKS Terbaik di Malaysia' oleh Asian Banking and Finance baru-baru ini.

AWANI Pagi: AWANI Pagi: KLFW I Dimana KLFW membawa jenama lokal selepas 10 tahun
Acara fesyen, Kuala Lumpu Fashion Week (KLFW) telah sedekad meraikan bakat-bakat atau karya pereka fesyen tempatan. Namun apa pula yang akan dibawakan selepas 10 tahun ini? Bagaimana ia membawa jenama Malaysia ke peringkat antarabangsa? Diskusinya dalam #AWANIPagi #AWANInews #MalaysiaSihat

Saraf Salman Rushdie putus akibat ditikam, mungkin buta sebelah mata
Salman cedera selepas ditikam di atas pentas pada acara sastera di Institut Chautauqua, New York pada Jumaat.

Aramex Malaysia beli 10 motosikal baharu, lancar program Ride-2-Own
Pembelian motosikal itu juga sekali gus mengembangkan lagi perkhidmatan syarikat itu kepada komuniti di Malaysia.

Rancang tunaikan haji pada usia muda
Persepsi bahawa ibadah haji untuk golongan yang lanjut usia adalah tidak benar sama sekali kerana tiada batas usia dalam syarat wajib mengerjakan rukun Islam kelima itu.

Suhu 50 darjah Celsius di Tanah Suci dijangka mencabar jemaah haji tahun ini
Jemaah Malaysia yang bakal menunaikan fardu haji tahun ini dijangka berhadapan dengan cabaran cuaca panas.

Jemaah haji mula pulang esok
Sebanyak 81 penerbangan akan membawa jemaah Malaysia pulang ke tanah air, bermula pada 3.05 pagi Rabu dan dijangka tiba di KLIA pada 4.45 petang hari sama.