KUCHING: Sarawak sedia menjadi hos bersama untuk penganjuran Sukan SEA 2027 dan mencadangkan agar acara perasmian temasya sukan itu, diadakan di Bumi Kenyalang.
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata Sarawak juga, bersedia untuk berkongsi kos penganjuran Sukan SEA 2027 bersama Kerajaan Persekutuan.
"Kerajaan Persekutuan ada 'merisik' Sarawak untuk menjadi hos bersama (Sukan SEA 2027), kita dimaklumkan kos serta bajet penganjuran ini adalah besar dan apa yang dicadangkan agar Sarawak boleh membantu.
"Kita (Sarawak) kata boleh (bersedia), tetapi upacara perasmian kita cadangkan untuk diadakan di Sarawak dan penutupan di Semenanjung," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis perasmian Larian Baton Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 Bahagian Kuching di sini, hari ini.
Sebelum ini dilaporkan, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sedang meneliti impak penganjuran Sukan SEA 2027 dan akan membentangkan keputusannya kepada Kabinet bulan depan, selepas Ahli Majlis Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) pada Mei 2022 sebulat suara bersetuju memberikan hak penganjuran kepada Malaysia.
Malaysia pernah menjadi tuan rumah temasya dwitahunan itu sebanyak enam kali iaitu pada 1965, 1971, 1977, 1989, 2001 dan 2017, dan kesemuanya berlangsung di Lembah Klang.
Sementara itu, Abang Johari berkata anggaran kos penganjuran Sukan SEA 2027 adalah kira-kira RM750 juta dan Sarawak bersedia membiayai separuh daripada jumlah tersebut.
"Kenapa kita sanggup? (untuk menjadi hos bersama) Kerana ini salah satu agenda untuk pembangunan bakat.
"Pembangunan bakat kita bukan hanya di bidang ekonomi semata-mata, tetapi juga di bidang sukan.
"Kita mahu orang muda kita cergas, sebab itu saya berani jadi hos bersama," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 23 2024
Abang Johari ketika menyampaikan amanat pada majlis perasmian 100 Hari Menjelang Sukma XXI, 9 Mei lalu. -Gambar fail/Bernama
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
'Jel tujuh tahun, dua sebatan, denda RM10 juta melampau' - Syed Saddiq
Syed Saddiq mengemukakan 18 alasan dalam petisyen rayuannya supaya dibebaskan daripada empat kes subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.
[TERKINI] Wan Azizah, Mohamad Sabu dan Anthony Loke nafi kenyataan Tun M
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menjelaskan keputusan tidak meneruskan semakan dan tafsiran berhubung isu Pulau Batu Puteh dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri secara bertulis.
AWANI Ringkas: Amaran hujan tahap waspada sehingga Jumaat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
RUU Majlis Media Malaysia dibentang di Dewan Rakyat
RUU tersebut dibentangkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching yang memaklumkan bacaan kali kedua akan dibuat pada mesyuarat akan datang.
KDN manfaatkan kuarters kosong KPM tempatkan anggota PDRM
Kementerian Dalam Negeri akan menempatkan anggota Polis Diraja Malaysia di kuarters milik Kementerian Pendidikan yang kosong.
Sarawak akan bina Dataran Kapit di tapak IPD - Premier
Pembinaan kawasan lapang dan hijau yang moden itu akan dilaksana selepas IPD Kapit baharu siap.
Kerangka kerja pengurusan aset bersepadu diumumkan tidak lama lagi - Abang Johari
Abang Johari berkata ekonomi Sarawak perlu distruktur semula dengan memberi tumpuan kepada pengurusan aset secara berhemat dan profesional.
Abang Johari dipuji sebagai pempengaruh ekonomi baharu, kata tokoh korporat Itali
Abang Johari memainkan peranan mengagumkan dalam memajukan pengeluaran hidrogen, sektor yang disifatkannya sebagai kunci kepada masa depan mampan.
Sarawak bakal ambil alih MASwings bulan depan
Sarawak dijangka memuktamadkan perjanjian jual beli untuk MASwings, anak syarikat penerbangan serantau Malaysia Aviation Group (MAG) bulan depan, kata Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Penjawat awam Sarawak terima Bantuan Khas Kewangan dua bulan gaji
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengumumkan Bantuan Khas Kewangan sebanyak dua bulan gaji kepada penjawat awam negeri.
Budaya bermukun perlu dipertahankan - Premier Sarawak
Bermukun Se-Borneo 2024 ialah program yang memartabatkan seni budaya bermukun dalam kalangan masyarakat serantau.
Pusat Kecerdasan Buatan Sarawak ditubuhkan tahun depan - Abang Johari
Kerajaan Sarawak akan menubuhkan Pusat Kecerdasan Buatan Negeri (SAIC) pada tahun depan.
Abang Johari umum inisiatif SKAS untuk rakyat Sarawak, wang saku pelajar
Premier Sarawak mengumumkan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS), satu inisiatif baharu bantuan kewangan bertujuan untuk meringankan beban golongan berpendapatan rendah.
Premier Sarawak bentang belanjawan negeri berjumlah RM15.8 bilion untuk 2025
Premier Sarawak hari ini membentangkan belanjawan negeri berjumlah RM15.8 bilion untuk tahun depan.
CCUS rentas sempadan: Sarawak akan kerjasama dengan Persekutuan - Abang Johari
Kerajaan Sarawak akan bekerjasama dengan Persekutuan dalam pengangkutan rentas sempadan bagi penangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon.