PHNOM PENH: Ketua Kontinjen (CDM) ke Sukan SEA 2023 Datuk Mohd Nasir Ali memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas kegagalan kontinjen negara mencapai sasaran 40 pingat emas pada temasya dwitahunan itu di sini.
Mohd Nasir berkata seramai 677 atlet yang menggalas cabaran Malaysia telah berjuang bersungguh-sungguh sekali gus menyifatkan keseluruhan 34 pingat emas, 45 perak dan 96 gangsa diraih kali ini adalah pencapaian terbaik yang boleh dihasilkan.
"Saya dengan rendah hati ingin memohon maaf sekiranya sasaran itu sesuatu yang diharap-harapkan dan kita tidak mencapai sasaran 40 emas tersebut.
"Tetapi jumlah 34 emas yang diraih adalah pingat yang berkualiti, saya yakin 34 emas ini akan terus dapat dipertingkatkan," katanya kepada media tempatan di sini.
Jumlah 34 emas menyaksikan kontinjen Malaysia mencatat pencapaian terburuk sejak mengutip keseluruhan 31 emas pada edisi 1995 di Chiang Mai, Thailand.
Namun, berdasarkan kedudukan carta pingat, Malaysia menamatkan saingan di posisi terburuk apabila menduduki tempat ketujuh buat kali pertama dalam sejarah Sukan SEA, selepas menghuni tangga keenam pada edisi di Hanoi, Vietnam tahun lepas.
Mohd Nasir turut mengulangi pendiriannya bahawa 40 emas adalah sasaran realisitik.
Katanya sasaran 40 emas yang ditetapkan itu tidak dibuat secara sambil lewa dan dimuktamadkan selepas tiga mesyuarat.
"Kita adakan tiga mesyuarat jadi ia (sasaran) bukan saat akhir punya kerja dan sasaran itu juga kita bincang dengan setiap persatuan, sebab itu selepas ini kita perlu kembali kepada persatuan dan minta penjelasan," katanya.
Dalam pada itu, beliau tidak menganggap persiapan singkat sebagai faktor utama yang menyumbang kepada pencapaian tersebut, biarpun mengakui terdapat beberapa sukan menghadapi masalah semasa tempoh persediaan.
Tanpa mendedahkan identiti sukan berkenaan, beliau berkata sukan teras sememangnya telah bersedia lebih awal sementara ada antara sukan yang kurang popular tetap diberi peluang beraksi di sini meskipun persiapan yang singkat.
Sementara itu, Mohd Nasir berkata Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh bersama Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria akan memberikan perincian mengenai prestasi dan pencapaian atlet di Sukan SEA 2023 pada sidang media rangkuman prestasi di Kuala Lumpur, Jumaat ini.
"Keputusan ini bukanlah bermakna pihak KBS (Kementerian Belia dan Sukan), MOM, MSN (Majlis Sukan Negara) ataupun ISN (Institut Sukan Negara) tidak mahu berdepan dengan media (di sini), cuma analisis terperinci terhadap prestasi kontinjen Malaysia perlu diperhalusi satu per satu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 17 2023
MOHD NASIR: Saya dengan rendah hati ingin memohon maaf sekiranya sasaran itu sesuatu yang diharap-harapkan dan kita tidak mencapai sasaran 40 emas tersebut. -Gambar fail/Bernama
Permohonan Halim Othman ikut prosedur
Myra Natasya Abdullah mendedahkan Halim telah meletakkan maklumat sebagai bapa di sijil kelahirannya tanpa pengetahuannya.
Raphael Varane umum berpisah dengan Manchester United
Pertahanan Perancis itu yang kini diketepikan akibat kecederaan bakal meninggalkan The Red Devils selepas tiga tahun di Old Trafford.
Protes pro-Palestin di Israel sempena 76 tahun Nakba
Kira-kira 3,000 orang berarak di sepanjang laluan berhampiran lebuhraya utama - dalam apa yang digelar sebagai return march, yang telah diadakan setiap tahun sejak 27 tahun lalu.
AWANI Pagi: Hari Belia - Pemimpin belia wanita dalam pembuatan keputusan
Pemimpin belia wanita bukan sahaja membawa suara wanita, tetapi juga menyuarakan keperluan pelbagai kumpulan belia.
Bersempena Hari Belia 2024, ikuti temu bual program #AWANIPagi yang membincangkan peranan penting pemimpin belia wanita dalam membentuk masa depan negara.
#AWANInews #AWANIPagi
Bersempena Hari Belia 2024, ikuti temu bual program #AWANIPagi yang membincangkan peranan penting pemimpin belia wanita dalam membentuk masa depan negara.
#AWANInews #AWANIPagi
Kemboja rai ulang tahun keputeraan ke-71 Raja dengan persembahan bunga api
Persembahan bunga api yang memukau itu berlangsung kira-kira 20 minit dan letupan warna-warninya menarik perhatian orang ramai.
Lelaki dikejar polis selepas cuba merampas sebuah treler
Lelaki itu dibawa ke hospital selepas ditembak di dada semasa proses tangkapan dilakukan.
Pemindahan pokok tidak disaran kerana ia memudaratkan sistem ekologi - Pakar
Tambahnya lagi, pemindahan untuk satu pokok juga bukanlah sesuatu perkara yang murah dan ia sekali gus memerlukan satu teknikaliti yang sangat tinggi.
Kerajaan cadang Akta Pembangunan Hartanah bagi Semenanjung Malaysia - Nga
Beliau berkata, inilah masanya untuk kerajaan mempertimbang akta yang lebih komprehensif, telus dan bertanggungjawab.
Sindiket dadah tumpas, lelaki ditahan bersama 20 bungkus heroin
Suspek direman selama enam hari bermula Selasa hingga 19 Mei bagi membantu siasatan.
Strategi Singapura sesuai diadaptasi di Malaysia untuk pulihara keadaan pokok - Pakar
Usaha konservasi pokok warisan menerusi Heritage Tree Scheme yang dilaksanakan Lembaga Taman Negara Singapura (NParks) boleh dijadikan contoh.
Sasaran Sukan SEA perlu realistik, bukan 'syok sendiri' - CDM
Sasaran pingat yang diberikan perlu berdasarkan prestasi semasa atlet, bukannya sekadar untuk memuaskan mana-mana pihak.