awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
“Mak pergi dengan satu nafas yang tenang, dia tersenyum…” - Anuar Zain sebak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sukan sebagai platform satukan rakyat - Anas Zubedy

Astro Awani
Astro Awani
18/04/2021
12:16 MYT
Sukan sebagai platform satukan rakyat - Anas Zubedy
Menurut Anas, sekiranya kita ingin menyatukan rakyat Malaysia, sukan ialah satu platform dan batu loncatan yang sangat kuat. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Tidak boleh dinafikan bahawa sukan merupakan antara platform berkesan dalam menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.
Penulis dan blogger, Anas Zubedy berkata, memupuk semangat perpaduan perlu bermula dari sekolah lagi menerusi pendidikan dan pelaksanaan program sukan.
“Pemilihan aktiviti sukan mengikut kaum merupakan satu perkara yang amat merugikan masyarakat dan negara kita.
“Melihat kepada sejarah, pemimpin pertama yang menggunakan sebagai pemangkin dan pengukuh perpaduan ialah Tunku Abdul Rahman.
“Sekiranya kita ingin menyatukan rakyat Malaysia, sukan ialah satu platform dan batu loncatan yang sangat kuat,” katanya dalam temu bual bersama Buletin AWANI pada Ahad.
Sukan | Sukan sebagai platform integrasi etnik
Anas yang juga Penggerak Perpaduan dan Pengasas Kempen Say Something Nice berkata, biarpun ada sukan yang didominasi oleh sesetengah kaum seperti bola sepak dan bola tampar, tumpuan tidak boleh diberikan kepada pasukan yang berlawan dalam sesebuah perlawanan.
“Kita perlu memberikan tumpuan kepada mereka yang dating bersorak, penonton yang datang menonton perlawanan berkenaan.
“Pada zaman saya belajar di universiti, pasukan bola tampar dianggotai orang Cina tetapi kami yang datang bersorak terdiri daripada pelbagai kaum.
“Itu yang harus kita pupuk di sekolah tetapi kalau kita membenarkan satu kaum sahaja dalam pasukan sukan berkenaan, mungkin ia akan menimbulkan rasa tidak senang hati sesama kaum,” katanya.
Pada Sabtu, sebuah sekolah di Johor dilaporkan mengeluarkan notis kepada pelajar Tingkatan 1 meminta mereka memilih tiga kegiatan kokurikulum.
BACA: Sukan mengikut kaum: Menteri Pendidikan terkejut, dukacita tindakan sebuah sekolah
BACA: Pengetua SMK Dato' Bentara Luar mohon maaf asingkan sukan ikut kaum
Ia menjadi kontroversi selepas beberapa kegiatan dihadkan kepada kaum dan jantina tertentu.
Antaranya, hanya pelajar Melayu dibenarkan memilih sukan bola sepak dan sepak takraw manakala bola jaring untuk pelajar perempuan Melayu sahaja.
Manakala, sukan bola keranjang dan ping pong pula dihadkan kepada pelajar lelaki dan perempuan Cina sahaja.
Bagaimanapun, difahamkan pihak sekolah sudah mengemas kini notis tersebut dan tiada lagi kaum dan jantina ditetapkan untuk mana-mana sukan.
Topic Berkaitan
#sukan
#perpaduan
#Anas Zubedy
#Tunku Abdul Rahman
#kaum
#sekolah
#bola tampar
#bola sepak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan