KUALA LUMPUR : Penduduk di sekitar kawasan sekitar Kemensah Height di sini menjalankan aktiviti harian seperti biasa walaupun beberapa penduduk di kawasan tersebut mendakwa terlihat kelibat harimau beberapa hari lalu.
Tinjauan Astro AWANI pada Sabtu petang mendapati, kawasan yang terletak berhampiran kawasan rekreasi air terjun yang menjadi tumpuan orang ramai terutamanya pada hujung minggu itu tetap sibuk seperti biasa.
Penduduk tempatan dan juga pengunjung luar melakukan aktiviti kegemaran mereka tanpa rasa resah atau terganggu.
Malah sebahagian penduduk yang ditemui juga agak sukar mempercayai haiwan pemangsa itu pernah merayau di kawasan tersebut, memandangkan kejadian seperti itu tidak pernah berlaku.
Bagaimanapun, mereka tidak menolak kemungkinan tersebut, memandangkan kawasan sekitar di Kemensah sememangnya dikelilingi hutan.
BACA: Pengawal keselamatan dakwa temui harimau berlegar-legar ditahan - Polis
"Nak kata betul atau tidak tu sukar untuk kita cakap memandangkan saya sendiri belum pernah mendengar atau lihat haiwan itu sebelum ini.
"Ni pun semalam baru saya tahu selepas beberapa media melaporkan aduan penduduk Kemensah Height. Sebelum ni tak ada," jelas Ahmad Rizal Bahaudin 42, yang merupakan penduduk tempatan.
Malah ada pengunjung luar yang datang beriadah juga tidak mengetahui tentang dakwaan tersebut dan terkejut bila dimaklumkan mengenai laporan berkenaan.
BACA: Polis terima laporan penampakan harimau di Kemensah Heights
Menurut salah seorang pengunjung, Nizam Yusof, 40, yang menjadikan kawasan sungai di sekitar Kemensah sebagai lubuk memancing sejak sekian lama, dakwaan seumpamanya tidak pernah didengari sebelum ini.
"Saya tak tahu pula ada kes harimau merayau di kawasan ni. Sepanjang saya memancing kat sini, ini kali pertama saya dengar.
"Ya lah, takut jugalah kalau betul dakwaan penduduk Kemensah Height tu," katanya ketika ditemui.
Aktiviti rekreasi di sekitar kawasan air terjun Kemensah juga didapati terus dikunjungi orang ramai ketika tinjauan dilakukan.
Sebelum ini polis mengesahkan menerima laporan orang awam yang mendakwa terserempak dengan seekor harimau di kawasan perumahan Kemensah Heights dekat sini, pada tengah hari Jumaat.
Raja Hisyam Raja Zaid
Sat May 21 2022
Ada pengunjung luar yang datang beriadah juga tidak mengetahui tentang dakwaan tersebut dan terkejut bila dimaklumkan mengenai laporan berkenaan. - Astro AWANI
Kerajaan Kelantan salur RM300,000 untuk jemaah haji
Bantuan disalurkan menerusi Tabung Haji untuk membantu melancarkan urusan jemaah bagi Musim Haji 1445H/2024M.
Kumpulan pertama 282 jemaah haji berlepas ke Tanah Suci
Kumpulan pertama 282 jemaah haji Malaysia berlepas ke Tanah Suci pada tengah malam tadi dengan penerbangan Malaysia Airlines.
Tiga remaja sesat di Gunung Keriang semasa cari batu kristal
Dua lagi pendaki menemui jalan keluar dan bergegas turun untuk meminta bantuan.
Faisal seorang yang ‘kebal’ - Ayah
Doa Abdul Halim buat anaknya tidak pernah putus selain berterima kasih kepada semua pihak yang turut prihatin dengan apa yang menimpa Faisal.
Lelaki OKU maut, ibu cedera dalam kejadian samun di rumah
Mangsa yang juga OKU bisu ditemui maut dalam keadaan mulutnya ditampal pita pelekat manakala ibunya yang berusia 70 tahun luka pada jari kanan.
103 projek bekalan air Pahang libatkan kos RM121.2 juta telah disiapkan
Sebanyak 103 projek pembangunan bekalan air Pahang membabitkan kos sebanyak RM121.2 juta telah disiapkan setakat ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Inndeks Harga Pengeluar Perkhidmatan naik 1.0 peratus pada suku pertama
IHPRP mencatatkan 115.8 mata pada suku pertama 2024 (S1 2024), meningkat satu peratus, yang sama seperti suku keempat 2023 (S4 2023), kata DOSM.
Perancang kewangan perlu lapor kegiatan meragukan kepada pihak berkuasa
Perancang kewangan perlu memainkan peranan untuk melaporkan sebarang kegiatan mencurigakan yang menjurus kepada pengubahan wang haram kepada pihak berkuasa.
Negeri Sembilan arah PBT kenal pasti pokok risiko tumbang di tanah persendirian
Kesemua PBT di Negeri Sembilan diarah mengenal pasti semua pokok yang berbahaya dan berisiko tumbang terutama di kawasan tanah persendirian.
PKNP kenal pasti kawasan berpotensi dibangunkan sekitar ECRL
PKNP kenal pasti beberapa kawasan berpotensi dibangunkan di sekitar stesen ECRL yang sekali gus menyumbang kepada pembangunan ekonomi penduduk setempat dan negeri Pahang.
Tanah runtuh Ampang Jaya: Lima rumah terjejas, 12 penduduk berpindah - Polis
Lima buah rumah di dua lokasi berasingan di Ampang Jaya di sini terjejas akibat tanah runtuh ekoran hujan lebat petang semalam.
Kematian Noor Amila Edrus kini disiasat sebagai kes bunuh - Polis
Kanak-kanak itu sebelum ini dilaporkan hilang di Jinjang pada 11 Ogos lepas dan ia disiasat sebagai kes kehilangan kanak-kanak.