KUALA LANGAT: Memahami situasi buruk di sekitar kawasan Jenjarom, Kuala Langat akibat banjir, sekumpulan sukarelawan dari Masjid Kampung Jenjarom turut mengambil inisiatif sama seperti beberapa surau dan masjid di sekitar Selangor yang membuka pintu sebagai penempatan sementara kepada mangsa banjir di kawasan berkenaan.
Ketua Biro Kebajikan Masjid Kampung Jenjarom, Mohd Muslimen Omar berkata penempatan itu dibuka sejak Sabtu lepas memandangkan ramai mangsa banjir tidak dapat dibawa ke pusat penempatan sementara (PPS) Dewan Orang Ramai Kampung Jenjarom selepas laluan terputus hubungan akibat banjir.
"Seramai 120 orang daripada 60 keluarga berada di masjid ini. Kami juga menyumbang tenaga membantu mangsa di Pusat Penempatan Sementara Dewan Orang Ramai Kampung Jenjarom," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Seramai 50 sukarelawan dengan bantuan badan bukan kerajaan (NGO) menggembleng tenaga membantu mangsa banjir termasuk menyalurkan bantuan makanan kepada mangsa yang terkandas di rumah dan terputus bekalan makanan di sekitar kawasan Jenjarom.
Selain itu, Tabung Bencana Banjir Jenjarom telah dilancarkan oleh Masjid Kampung Jenjarom bagi meringankan beban mangsa banjir yang terlibat.
Mohd Muslimen yang mengakui air banjir mula surut di kawasan berkenaan, berkata sukarelawan kini juga menumpukan perhatian kepada proses pembersihan rumah mangsa banjir di kawasan tersebut.
Jenjarom di bawah Mukim Teluk Panglima Garang merupakan antara kawasan yang terjejas teruk akibat banjir di daerah Kuala Langat susulan hujan berterusan tanpa henti sejak Jumaat lepas.
Sementara itu, menurut Majlis Perbandaran Kuala Langat, sebanyak 16 PPS dibuka setakat ini di daerah itu dan terdapat sekitar 4,000 mangsa daripada 818 keluarga.
Antaranya ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Changgang, SK Rancangan Tanah Belia (RTB) Bukit Changgang dan SK Labohan Dagang.
Selain Teluk Panglima Garang, Mukim 12 kini merupakan mukim yang terjejas teruk di Kuala Langat berikutan limpahan air sungai dan empangan yang berlebihan.
Bencana banjir melanda Lembah Klang sejak Sabtu menyebabkan ribuan penduduk dipindahkan manakala ramai pemandu terkandas akibat jalan raya sesak dan ditutup kerana dilimpahi air banjir.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 20 2021
Seramai 50 sukarelawan dengan bantuan badan bukan kerajaan (NGO) menggembleng tenaga membantu mangsa banjir. - Bernama
JBPM Terengganu berdepan kesukaran padam kebakaran
JBPM Terengganu menghadapi kesukaran memadamkan kebakaran di Kampung Sungai Ikan Kuala Nerus yang melibatkan lebih 75% tapak pelupusan sampah
Polis jangka laporan baharu selepas berkas guru tahfiz
Polis Kelantan menjangkakan lebih banyak laporan polis berkenaan pencabulan di sebuah pusat tahfiz di Machang selepas penahanan seorang guru.
Polis Jerman rampas 4 kereta Bugatti Veyron edisi terhad yang dikaitkan dengan 1MDB
Kenderaan berkenaan dikatakan sebahagian daripada siri "Legenda" khas Bugatti Veyron, dengan hanya 18 daripada supercar tersebut dibina dalam enam spesifikasi.
Gempa kuat 6.5 skala Richter gegar Garut, impak dirasai hingga Jakarta
Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia merekodkan gempa berkekuatan 6.5 skala Richter pada malam Sabtu.
EPL: Jika saya bercakap akan berlaku pergaduhan - Salah
Salah sangat tegang dengan Klopp ketika dia bersedia untuk masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-79.
Rumah Najib boleh jadi penjara - Peguam
Rumah bekas Perdana Menteri itu boleh dijadikan sebagai penjara dan tempat tahanan untuk beliau seperti yang termaktub dalam undang-undang.
Kopi, kanvas seni Tyler Wong
Kopi ialah kanvas untuk Tyler Wong mempamerkan kemahiran dalam mencipta seni latte yang rumit namun indah.
Mayat tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Linggi
Mayat dipercayai seorang lelaki ditemukan terapung di kawasan Sungai Linggi berhampiran Pusat Dakwah Islamiah Paroi, di sini petang Sabtu.
AWANI Ringkas: Lawatan sempena mesyuarat khas WEF
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Negara perlu 6,000 veterinar tampung keperluan industri
Malaysia juga berhasrat untuk memenuhi nisbah seorang doktor haiwan kepada 5,000 penduduk.
100 sukarelawan YBR gotong-royong bersihkan Zoo Melaka
Aktiviti kesukarelawanan itu juga melibatkan pembersihan kandang dan pemberian makan kepada haiwan dan membaik pulih taman permainan.
Raja Permaisuri Agong akan terus terlibat dalam pengurusan Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor
Raja Zarith Sofiah bertitah baginda akan terus terlibat secara langsung dalam pengurusan Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor (YKTLJ) walaupun kini berperanan sebagai Raja Permaisuri Agong.
Kerajaan Turkiye laksana 5,533 aktiviti selepas kejadian gempa bumi
Aktiviti itu melibatkan penyertaan pakar kesihatan mental, sukarelawan, pendidik dan jurulatih untuk 420,236 mangsa.
Kerosakan lapan sekolah di Dungun dianggar RM1 juta
Sebanyak lapan sekolah di daerah Dungun terjejas teruk akibat banjir, dengan kerugian dianggarkan hampir RM1 juta.
300 sukarelawan Pemuda UMNO laksana misi pascabanjir di Dungun
Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia melalui Skuad Sabil menggerakkan 300 ahlinya bagi membantu mangsa banjir di daerah Dungun, hari ini.
Pasukan Belantara redah banjir bantu pindah mangsa
Sebanyak lima kenderaan pacuan empat roda milik anggota kelab itu secara sukarela terlibat dalam usaha memindahkan mangsa.
Pendaftaran sukarelawan Paramedik Komuniti bermula Januari
Program Paramedik Komuniti menyasarkan penyertaan sukarelawan di 339 kampung.
Sukarelawan perubatan Indonesia di Gaza sedia berpindah
Tiga rakyat Indonesia di Hospital Indonesia di Gaza Utara sedang membuat persiapan untuk berpindah ke selatan Gaza.
38,000 sukarelawan SV sedia digerakkan bantu banjir di Johor
Datuk On Jabbar berkata bantuan sukarelawan SV, meliputi persediaan sebelum, semasa dan pasca banjir.
Lebih 2,000 orang hilang, Gaza perlukan segera pasukan pertahanan awam
"Kami tidak mempunyai sukarelawan dan jentera berat yang mencukupi untuk membantu mencari dan mengeluarkan mereka yang terperangkap di bawah runtuhan."