Skip to main content
Advertisement

Malaysia

Sukarelawan Orang Asli bantu operasi SAR anggap penemuan Jaslinda hadiah bermakna

TAPAH, 7 Jun -- Pegawai Khas kepada Menteri Besar Perak bagi Hal Ehwal Masyarakat Orang Asli, Chew Ho Beng (empat, kiri) menyantuni sebahagian sukarelawan Orang Asli dari Kampung Woh yang pulang dari operasi mencari dan menyelamat (SAR) sekitar Kem Sukaneka dan Gunung Rayu ketika ditemui di Kampung Ampang Woh hari ini.  Berita penemuan pendaki wanita, Jaslinda Saludin dalam keadaan selamat semalam, disambut penuh kesyukuran oleh 15 sukarelawan Orang Asli dari Kampung Woh, di sini.  Meskipun pulang ke kampun
Pegawai Khas kepada Menteri Besar Perak bagi Hal Ehwal Masyarakat Orang Asli, Chew Ho Beng (empat, kiri) menyantuni sebahagian sukarelawan Orang Asli dari Kampung Woh yang pulang dari operasi mencari dan menyelamat (SAR) sekitar Kem Sukaneka dan Gunung Rayu ketika ditemui di Kampung Ampang Woh hari ini. - Foto Bernama

TAPAH: Berita penemuan pendaki Jaslinda Saludin dalam keadaan selamat semalam, disambut dengan kesyukuran oleh 15 sukarelawan Orang Asli dari Kampung Ampang Woh, di sini yang turut membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) di sekitar Kem Sukaneka dan Gunung Rayu.

Mereka yang sebahagiannya terus pulang ke kampung selepas keluar dari hutan menyifatkan penemuan Jaslinda, 49, selepas kali terakhir dilihat pada 24 Mei sebagai hadiah bermakna buat semua pihak yang terlibat.

Sukarelawan Mohd Hail Nizam Idris, 44, berkata berita itu mengubat kekecewaan mereka yang perlu meninggalkan kawasan pencarian selepas meredah hutan tebal dan kawasan berbukit bagi membantu pasukan SAR mencari wanita itu. 

“Apabila dapat tahu dia masih hidup dan dijumpai, kami sangat lega. Memang tujuan kami membantu ialah untuk memastikan dia dapat pulang dengan selamat,” katanya ketika ditemui Bernama di Kampung Ampang Woh hari ini.

Mohd Hail berkata sepanjang operasi itu, mereka menggunakan pengalaman dan pengetahuan mengenai kawasan hutan, namun dia juga mengalami kecederaan pada bahagian kaki sewaktu melintasi Kem Balak II yang menjadi antara kawasan pencarian.

Image
TAPAH, 6 Jun -- Kegembiraan dan kelegaan jelas terpancar pada wajah ahli keluarga pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, ketika menyambut kepulangannya di Hospital Tapah malam ini selepas beliau ditemui selamat susulan kejadian ketika mendaki Gunung Batu Putih.  Jaslinda tiba di hospital kira-kira 9.20 malam untuk menjalani pemeriksaan lanjut selepas operasi mencari dan menyelamat berjaya menemukan beliau dalam keadaan selamat.  -- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Semalam, Jaslinda ditemukan dalam keadaan lemah berhampiran Kampung Lubuk Gaharu, Pos Musoh, kira-kira 5 petang oleh seorang penduduk kampung itu. - Foto Bernama

Tok Batin Kampung Ampang Woh Bah Lilit, 52, berkata insiden kehilangan Jaslinda perlu dijadikan iktibar oleh semua pihak supaya menitikberatkan aspek keselamatan ketika masuk ke kawasan hutan termasuk antara lain memaklumkan kehadiran kepada penduduk setempat.

“Ini bukan sahaja memastikan keselamatan pendaki malah sebagai tanda menghormati satu sama lain,” katanya yang berterima kasih kepada semua sukarelawan atas kesudian membantu operasi SAR itu.

Pegawai Khas kepada Menteri Besar Perak bagi Hal Ehwal Masyarakat Orang Asli Chew Ho Beng berkata lima daripada 15 sukarelawan terbabit dalam operasi SAR telah pulang ke rumah mereka kira-kira 9 malam semalam selepas menerima berita penemuan Jaslinda.

Sukarelawan lain pula dijangka tiba di Kampung Ampang Woh kira-kira 5 petang hari ini.

Selain itu, Ho Beng menyifatkan Jaslinda sebagai seorang yang mempunyai ketahanan mental yang kuat kerana berjaya meneruskan perjalanan dalam keadaan mencabar sebelum ditemukan selepas 14 hari operasi SAR dilaksanakan.

Semalam, Jaslinda ditemukan dalam keadaan lemah berhampiran Kampung Lubuk Gaharu, Pos Musoh, kira-kira 5 petang oleh seorang penduduk kampung itu.

Wanita itu dilaporkan hilang semasa menyertai pendakian Trans Spencer Chapman pada 23 Mei melalui laluan Pos Gedung-Gunung Bah Gading-Gunung Batu Putih-Kuala Woh bersama-sama 13 individu dan dua Malim Gunung Perhutanan (MGP). 

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement