awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PGA Sarawak catat 23 kejayaan operasi, rampasan cecah RM35.31 juta
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sukma 2016: Azmin Ali dibenar masuk Sarawak untuk majlis penutup

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
31/07/2016
09:48 MYT
Sukma 2016: Azmin Ali dibenar masuk Sarawak untuk majlis penutup
Mohamed Azmin (gambar) berkata, kehadiran beliau ke Majlis Penutup Sukma 2016 adalah penting bagi melahirkan penghargaan kepada kontinjen Selangor yang cemerlang dalam sukan berprestij itu. - Gambar fail
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menegaskan beliau dibenarkan memasuki Sarawak bagi meraikan kemenangan kontinjen negeri itu pada Majlis Penutup Sukan Malaysia (Sukma) 2016 di Kuching.
Jelasnya, ia susulan beliau telah mendapat jaminan daripada Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem selepas membuat permohonan beberapa hari lalu.
"Saya mengambil keputusan untuk meraikan para atlet dan pegawai kontijen Selangor, meraikan mereka yang menunjukkan prestasi yang amat cemerlang dalam Sukma 2016.
"Pada peringkat awal saya tidak pasti sama ada saya boleh masuk atau tidak ke Sarawak tetapi saya telah menulis surat kepada Ketua Menteri Sarawak beberapa hari lalu dan saya telah mendapat reaksi yang positif di mana saya dibenarkan untuk masuk Sarawak untuk tujuan Majlis Penutup Sukma malam ini," katanya semasa ditemui media selepas menyampaikan sumbangan kepada lebih 200 bakal jemaah haji di Masjid Al-Hidayah Taman Melawati di sini, hari ini.
Tambahnya, kehadiran beliau ke Majlis Penutup Sukma 2016 adalah penting bagi melahirkan penghargaan kepada kontinjen Selangor yang cemerlang dalam sukan berprestij itu.
Ditanya sama ada beliau sedia memberikan insentif kepada atlet Selangor susulan kecemerlangan dalam Sukma 2016, beliau menjawab, "Kita akan umumkan esok."
Semasa kempen Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11, Datuk Seri Mohamed Azmin dibenarkan memasuki Sarawak namun diarah meninggalkan Sarawak pada 2 Mei lalu dan tidak dibenarkan kembali sehingga hari mengundi.
Beliau adalah antara pemimpin pembangkang yang diberi notis larangan memasuki negeri itu semasa kempen berkenaan.
Topic Berkaitan
#majlis penutup
#Mohamed Azmin Ali
#Selangor
#Sukan Malaysia
#Sukma 2016
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan