awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sulaiman letak jawatan, Melaka bakal dapat Ketua Menteri baharu

Hakim Rahman
Hakim Rahman
29/03/2023
12:18 MYT
Sulaiman letak jawatan, Melaka bakal dapat Ketua Menteri baharu
Perkara itu disahkkan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sambil menyatakan beliau menghadap Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam untuk mempersembah nama calon Ketua Menteri baharu. - Gambar fail/ Bernama
KUALA LUMPUR: Desas-desus pertukaran Ketua Menteri Melaka akhirnya terjawab dengan peletakan jawatan Datuk Seri Sulaiman Md Ali sebagai Ketua Menteri.
Perkara itu disahkkan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sambil menyatakan beliau menghadap Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam untuk mempersembah nama calon Ketua Menteri baharu.
"Saya ingin mengesahkan bahawa saya telah menerima surat perletakan jawatan Ketua Menteri Melaka.
"Saya akan menghadap Tun Mohd Ali Rustam untuk mempersembahkan nama calon yang bersesuaian bagi Ketua Menteri Melaka yang baharu.
"Saya mengharapkan kebijaksanaan TYT menerima watikah yang akan dikemukakan dan majlis angkat sumpah mengikut kesesuaian tarikh TYT," katanya dalam sidang media di Masjid Kampung Lebu, Bentong, Pahang, pada Rabu
Sumber sebelum ini mendedahkan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh akan mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka yang baharu Jumaat ini.
Beliau yang juga Exco Kanan Pelaburan, Perindustrian, Pembangunan Koperasi dan Usahawan negeri bagaimanapun meminta semua pihak untuk menunggu pengumuman rasmi berhubung desas-desus pertukaran Ketua Menteri Melaka, Jumaat ini.
“Saya tidak boleh memberikan apa juga komen tentang spekulasi ini," katanya.
Topic Berkaitan
#Ab Rauf Yusoh
#Ketua Menteri
#UMNO
#usahawan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan