awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuaca panas: JPS Perak mohon operasi pembenihan awan
Serangan Israel di Gaza ragut 23 nyawa, antara hari paling berdarah sejak gencatan senjata
Washington Post umum pemberhentian satu pertiga tenaga kerja, kurangkan liputan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sultan Brunei puji perkhidmatan, kepakaran IJN - Anwar

Bernama
Bernama
04/06/2025
23:00 MYT
Sultan Brunei puji perkhidmatan, kepakaran IJN - Anwar
Anwar ketika menziarah baginda Tuanku Sultan Hassanal Bolkiah, Sultan Brunei di Kuala Lumpur. - Foto Pejabat Perdana Menteri.
PETALING JAYA: Kualiti perkhidmatan dan kepakaran petugas Institut Jantung Negara (IJN) mendapat pujian Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata Sultan Brunei amat berpuas hati dengan perkhidmatan dan kepakaran doktor di IJN sepanjang baginda dirawat di pusat perubatan itu.
Anwar berkata penghargaan itu disampaikan secara peribadi oleh Sultan Brunei ketika beliau menziarahi baginda di IJN petang semalam sebelum baginda berangkat pulang ke Bandar Seri Begawan hari yang sama.
"Baginda menyatakan walaupun baginda mempunyai pengalaman dengan perkhidmatan kesihatan bertaraf antarabangsa dan akses kepada institusi perubatan terbaik dunia namun baginda amat berpuas hati dengan mutu khidmat, kecemerlangan serta kecekapan doktor-doktor kita di IJN," katanya.
Perdana Menteri berkata demikian pada Forum Ilmuwan Malaysia MADANI (FIM) Siri 6 di Menara Prasarana, di sini malam tadi.
Anwar berkata pujian itu seharusnya menjadi dorongan kepada sektor kesihatan negara serta sektor lain untuk terus meningkatkan kualiti perkhidmatan dan tidak sekadar berbangga dengan pencapaian sedia ada.
"Kita harus mengakui kelebihan dan kekuatan yang kita ada, tetapi pada masa sama perlu memandang ke hadapan untuk bersaing secara sihat dengan negara lain. Jangan hanya puas hati, sebaliknya jadikan itu motivasi untuk terus menambah baik," katanya.
Sultan Hassanal Bolkiah, 78, tiba di Malaysia pada 25 Mei lepas untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 dan Sidang Kemuncak Berkaitan yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 26 dan 27 Mei.
Baginda dilaporkan berehat di IJN pada 27 Mei kerana keletihan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah
#Anwar Ibrahim
#IJN
#pujian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami