awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sultan Ibrahim berkenan terima menghadap Menteri Komunikasi dan Digital

Bernama
Bernama
12/03/2023
08:30 MYT
Sultan Ibrahim berkenan terima menghadap Menteri Komunikasi dan Digital
Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan menerima menghadap Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil (kiri) di Istana Bukit Serene hari ini. -Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
JOHOR BAHRU: Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan menerima menghadap Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil di Istana Bukit Serene di sini hari ini.
Menerusi satu kemas kini di Facebook rasmi Sultan Ibrahim, pertemuan yang berlangsung lebih sejam itu turut dihadiri Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Digital Datuk Seri Mohammad Mentek.
Dalam pertemuan itu Sultan Ibrahim turut berkenan meraikan tetamu Baginda dalam satu majlis santapan ringan.
Terdahulu pada sebelah pagi Fahmi mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi di kediaman rasminya di Saujana di sini.
Fahmi kini berada di Johor sempena lawatan kerja rasmi selama tiga hari bermula semalam.
Semalam, Fahmi bersama rombongan pengurusan kementerian mengadakan lawatan ke Iskandar Puteri Data Center dan Iskandar Malaysia Studios di Iskandar Puteri selain meninjau operasi serta merasmikan pejabat Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Biro Johor yang baharu selesai menjalani pengubahsuaian.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sultan Johor
#Fahmi Fadzil
#Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar
#Menteri Komunikasi dan Digital
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan