Sultan Ibrahim disambut mesra oleh Presiden Putin di muzium ikonik Hermitage Rusia

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini disambut mesra oleh Presiden Rusia Vladimir Putin di Muzium Hermitage, St Petersburg. - Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini disambut mesra oleh Presiden Rusia Vladimir Putin di Muzium Hermitage, St Petersburg dalam satu pertemuan yang mencerminkan penghormatan tinggi Rusia terhadap hubungan persahabatan kedua-dua negara.
Ringkasan AI
- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim disambut oleh Presiden Rusia Vladimir Putin di Muzium Hermitage, St Petersburg, menunjukkan penghormatan tinggi Rusia terhadap hubungan persahabatan Malaysia-Rusia.
- Keberangkatan Sultan Ibrahim ke muzium tersebut menonjolkan peranan Institusi Diraja Malaysia dalam memperkukuh diplomasi negara serta hubungan dua hala Malaysia-Rusia.
- Lawatan Sultan Ibrahim ke Saint Petersburg adalah atas jemputan khas Presiden Putin, melambangkan pentingnya Institusi Diraja Malaysia sebagai pemacu diplomasi negara.
"Seri Paduka Baginda turut berkenan meluangkan masa dengan diiringi Presiden Putin meninjau sebahagian koleksi bersejarah dan karya seni bertaraf dunia yang dipamerkan di muzium berkenaan.
"Lawatan khas julung kali Seri Paduka Baginda ke Saint Petersburg adalah atas jemputan khas Presiden Putin sekali gus melambangkan peranan penting Institusi Diraja Malaysia sebagai pemacu diplomasi negara," menurut perkongsian itu.
Pada Ogos tahun lepas, Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Moscow bagi mengadakan Lawatan Negara sekali gus melakar sejarah sebagai Ketua Negara Malaysia pertama berkunjung secara rasmi ke Persekutuan Rusia sejak terjalinnya hubungan diplomatik pada 1967.
Seri Paduka Baginda turut berkenan mengadakan lawatan ke Kazan, Republik Tatarstan pada tahun lepas sebagai sebahagian usaha memperkukuh hubungan persahabatan dan kerjasama antara kedua-dua negara.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


