awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sultan Johor bakal dianugerah Ijazah Kehormat NUS

Bernama
Bernama
19/07/2022
20:40 MYT
Sultan Johor bakal dianugerah Ijazah Kehormat NUS
Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dijadual mengadakan kunjungan ke atas Presiden Singapura, selain berangkat ke beberapa acara. - Gambar fail/BERNAMA
JOHOR BAHRU: Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bakal dianugerahkan Ijazah Doktor Kehormat Undang-Undang dari Universiti Nasional Singapura (NUS) ketika lawatan rasmi baginda ke republik itu selama dua hari bermula hari ini.
Menerusi hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim anugerah itu akan disampaikan Presiden Singapura Halimah Yacob.
Menurut kenyataan itu anugerah tersebut sebagai mengiktiraf sumbangan Sultan Johor terhadap penambahbaikan hubungan dua hala antara Johor dan Singapura.
Dalam lawatan itu, baginda akan diiringi Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan isteri Che' Puan Besar Khaleeda Bustamam.
Kenyataan itu menyebut ketibaan baginda berdua dan delegasi DiRaja Johor di Istana, yang merupakan pejabat rasmi Presiden dan Perdana Menteri Singapura pada hari ini (20 Julai), akan disambut Perdana Menteri Datuk Lee Hsien Loong berserta Menteri Kabinet Singapura.
Dalam lawatan itu, baginda juga dijadual mengadakan kunjungan ke atas Presiden Singapura, selain berangkat ke beberapa acara termasuk lawatan ke tapak Projek RTS di Woodlands, Institut Yusof Ishak (ISEAS) dan Pangkalan Udara Sembawang.
Kenyataan itu menyebut Taman Botani Singapura akan mempersembahkan orkid khas yang dinamakan sempena baginda berdua - "Ibrahim Zarith", sebagai penghormatan atas lawatan rasmi atas jemputan rasmi Perdana Menteri negara itu.
Bunga orkid merupakan bunga kebangsaan Singapura.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sultan Johor
#Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
#Doktor Kehormat Undang-Undang
#lawatan rasmi ke singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan