awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah Pahang RM8, RM14 dan RM21
Malaysia, Indonesia perkukuh kerjasama kewartawanan menerusi MMM-Dewan Pers - Teo
Polis rampas mercun, bunga api lebih RM3 juta di Kota Bharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sultan Johor murka isu pencemaran bahan kimia

Astro Awani
Astro Awani
12/03/2019
11:13 MYT
Sultan Johor murka isu pencemaran bahan kimia
SULTAN JOHOR: Saya menggesa semua pihak berkuasa kerajaan untuk segera menangkap dan menghukum pelakunya. - Gambar BERNAMA
Pihak berkuasa perlu segera mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat dalam kes pembuangan sisa kimia di Sungai Kim Kim dekat Pasir Gudang.
Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar yang murka dan kesal dengan insiden itu bertitah, pihak berkuasa perlu melakukan siasatan secara menyeluruh sekali gus mengambil tindakan ke atas mereka yang bertanggungjawab.
"Disebabkan perbuatan pihak yang tidak bertanggungjawab, ratusan orang termasuk murid serta pelajar sekolah terpaksa dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan susulan. Malah ada yang bertarung nyawa dalam ICU!
"Ini adalah rakyat saya dan saya tidak akan membenarkan perkara ini melarat. Saya menggesa semua pihak berkuasa kerajaan untuk segera menangkap dan menghukum pelakunya, “ titah baginda dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Royal Press Office (RPO) menerusi Facebook rasmi baginda di Johor Bahru, pada Selasa.
BACA: Pencemaran bahan kimia: "Saya sedih, terharu dan geram" - Maszlee Malik
BACA: Pencemaran bahan kimia berulang amat dikesali - MB Johor
Dalam pada itu, Baginda turut melahirkan penghargaan terhadap pasukan perubatan yang bertungkus-lumus memberikan rawatan kepada mereka yang dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI).
Sultan Ibrahim turut menasihati orang ramai khususnya penduduk di sekitar kawasan kejadian supaya sentiasa berhati-hati dan segera mendapatkan rawatan jika berasa kurang sihat.
"Sekolah juga tidak harus dibuka selagi keadaan tidak benar-benar selamat untuk pelajar dan guru. Kurangkan juga seberapa banyak pergerakan di luar," titah baginda.
Topic Berkaitan
#Hospital
#Hospital Sultan Ismail
#hsi
#ICU
#pelajar
#siasatan
#Sultan Ibrahim
#Sultan Johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan