Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan bertemu remaja tular, Muhammad Syukur Khamis, 14, yang diberi gelaran 'Mowgli Malaysia' dalam pertemuan tertutup yang diadakan di Istana Badariah, di sini, semalam.
Pertemuan berlangsung lebih setengah jam itu turut dihadiri jurugambar, Mohd Nazri Sulaiman, ibu dan bapa Syukur; Azizah Mamat, 58 dan Khamis Jusoh, 64, serta Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Midin, Abu Hasmadi A. Bakar.
Mohd Nazri ketika dihubungi Sinar Harian berkata dalam pertemuan itu, Sultan Mizan menzahirkan rasa terima kasih dan berbangga atas usaha menonjolkan negeri Darul Iman ini sehingga dikenali di persada dunia.
Katanya, Baginda Sultan turut menyampaikan surat penghargaan dan sumbangan menerusi pertemuan yang dikelolakan oleh Yayasan Diraja Sultan Mizan (YDSM) itu.
Antara gambar yang dirakam selepas pertemuan bersama Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.
"Dalam pertemuan itu, baginda menyatakan rasa terima kasih dan bangga atas usaha dan kejayaan yang dicapai sehingga Terengganu dikenali di peringkat antarabangsa," katanya.
Dalam pada itu, Mohd Nazri berkata beliau terharu dan berbesar hati setelah Sultan Mizan berkenan untuk menerima kunjungan dan meluangkan masa untuk bertemu mereka.
"Saya bersyukur, terharu dan gembira apabila baginda tuanku berkenan menerima kami menghadap.
"Saya kira ini adalah penghargaan yang begitu bermakna dan akan terpahat dalam ingatan," katanya.
Mohd Nazri turut menyampaikan rakaman potret Muhammad Syukur hasil bidikannya yang memenangi pertandingan fotografi peringkat Asia kepada Sultan Mizan.
Gambar itu memaparkan pelajar tingkatan dua SMK Padang Midin itu sebagai subjek utama duduk bersandarkan seekor kerbau di kawasan lumpur dengan sekumpulan lagi kerbau berkerumun di belakangnya.
Karya itu diangkat sebagai Imej Asia 2018 oleh Asian Geographic, bagi kategori Jalanan/Orang Terbaik.
Sinar Harian
Mon Mar 25 2019
Aksi gembira Muhammad Syukur selepas pertemuan bersama Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin yang dirakam dan dikongsi Mohd Nazri menerusi Facebooknya. -Sinar Harian
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Pos Malaysia yakin catat keputusan kewangan lebih baik di masa hadapan
Ia antara lain menyasarkan pengoptimuman sumber dan mengurangkan risiko berkaitan trend penurunan jumlah mel untuk menyokong pertumbuhan.
Sultan Mizan bertemu 'Mowgli Malaysia'
Sultan Mizan menzahirkan rasa terima kasih dan berbangga atas usaha menonjolkan negeri Darul Iman ini sehingga dikenali di persada dunia.