awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Billie Eilish menang Lagu Terbaik Tahun Ini untuk 'Wildflower' di Anugerah Grammy
Aerotrain KLIA beroperasi seperti dirancang, gangguan awal tidak timbulkan risiko keselamatan - MAHB
Dua lelaki ditahan lakukan perbuatan tidak senonoh di tempat awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sultan Nazrin berangkat ke majlis penutup Tilawah al-Quran Perak

Bernama
Bernama
23/03/2022
22:15 MYT
Sultan Nazrin berangkat ke majlis penutup Tilawah al-Quran Perak
Aiman Ridhwan dan Nurul Syafiqah bergambar pada Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Negeri Perak Darul Ridzuan Tahun 1443H/2022M di sebuah hotel di Ipoh, 23 Mac 2022. - Foto BERNAMA
IPOH: Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke majlis penutup serta penyampaian hadiah Tilawah dan Hafazan al-Quran peringkat negeri yang diadakan selama tiga hari bermula Isnin lepas di Pusat Konvensyen Casuarina, Meru di sini malam tadi.
Turut berkenan berangkat ke majlis itu Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim, Raja Muda Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa, Raja Puan Besar Perak Raja Nazhatul Shima Idris Shah, Raja DiHilir Perak Raja Iskandar Dzulkarnain Idris Shah dan Raja Puan Muda Perak Tunku Soraya Abdul Halim Shah.
Hadir sama Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad, barisan anggota exco kerajaan negeri, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim, Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) Datuk Seri Mohd Annuar Zaini, Imam Besar Masjid Negeri Abdul Farid Salleh serta Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) Datuk Mohd Yusop Husin.
Aiman Ridhwan Mohamad Ramlan muncul johan qari dan Nurul Syafiqah Nardi pula johan qariah dengan masing-masing meraih hadiah wang tunai RM10,000 berserta pakej menunaikan haji, plak dan sijil.
Naib johan qari dimenangi Mohamad Sahran Termizi dan Mohd Kamaruzaman Daud di tempat ketiga, manakala naib johan qariah dimenangi Munirah Razali dan Norhazira Nabila Mohamed Kamel di tempat ketiga.
Naib johan dan tempat ketiga masing-masing menerima wang tunai RM7,000 dan RM5,000 berserta plak dan sijil.
Bagi hafazan pula, Amril Syariff Ahmad muncul johan qari bagi kategori 1-30 juzuk manakala qariah hafazan pula di menangi Adibah Husni Ahmad Rozaini.
Selain menerima hadiah wang tunai dan pakej menunaikan haji, pemenang juga bakal mewakili Perak ke Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan yang dijadual berlangsung di Johor pada Jun depan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sultan Nazrin Shah
#Tilawah dan Hafazan al-Quran
#johan qari
#johan qariah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan