awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga kluster tibi di Kelantan babit sembilan kes
KBS galak penglibatan lebih ramai wanita dalam sukan
Lebih 80 amaran banjir dikeluarkan di UK, hujan lebat dijangka berterusan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sultan Nazrin berkenan berangkat ke Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran Perak

Bernama
Bernama
05/11/2023
01:25 MYT
Sultan Nazrin berkenan berangkat ke Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran Perak
Sultan Nazrin Shah berkenan memeriksa kawalan kehormatan utama sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda ke-67, di Istana Iskandariah, hari ini. - Gambar Bernama
KUALA KANGSAR: Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah hari ini berkenan berangkat ke Istiadat Menghadap Sembah Taat Setia dan Penganugerahan Darjah Kebesaran sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda ke-67, di Istana Iskandariah, di sini.
Keberangkatan baginda diiringi Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.
Turut berangkat, Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Puan Besar Perak, Raja Nazhatul Shima Sultan Idris Shah.
Sultan Nazrin kemudian berkenan memeriksa kawalan kehormatan utama yang terdiri daripada 103 anggota dan tiga pegawai daripada Rejimen Askar Jurutera Diraja 2 Divisyen di bawah pimpinan Kol Abdul Rahim Hamzah manakala Ketua Kawalan ialah Mejar Muhibburrahman Khairul Anuar.
Sebanyak 21 das tembakan meriam dilepaskan oleh 41 Bateri Rejimen Altileri Diraja berpangkalan di Kem Sungai Buluh, Selangor yang diketuai Lt Kol Muhamad Asri Che Will.
Pada Jumaat lepas, Sultan Nazrin berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran dan Pingat-Pingat Negeri Perak kepada seramai 238 penerima sempena ulang tahun hari keputeraan baginda kali ini.
Sebanyak 23 individu menerima darjah kebesaran masing-masing pada sesi istiadat pertama hari ini dan bakinya pada sesi kedua 18 Nov ini. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sultan Perak
#Sultan Nazrin Shah
#darjah kebesaran
#Hari Keputeraan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan