awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
UNMISS: 13 Pegawai PDRM selamat tiba di tanah air dari Sudan Selatan
Kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan di Kuala Krai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sultan Nazrin berkenan rasmi SMK Proton City

Bernama
Bernama
05/10/2023
06:44 MYT
Sultan Nazrin berkenan rasmi SMK Proton City
Sultan Nazrin Shah dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim (tiga, kanan) berkenan berangkat pada majlis perasmian Sekolah Menengah Kebangsaan Proton City, hari ini. --fotoBERNAMA
TANJUNG MALIM: Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat merasmikan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Proton City di sini, hari ini.
Turut berangkat Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim dan Raja Di Hilir Perak Raja Iskandar Dzurkarnain Sultan Idris Shah.
Keberangkatan tiba baginda pada 10.05 pagi disambut Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad dan isteri Datin Seri Aezer Zubin serta Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu kebesaran negeri Perak diikuti bacaan al-Quran dan doa sebelum Sultan Nazrin menyempurnakan lafaz perasmian dan menandatangani plak.
Fadhlina dalam ucapannya berkata SMK Proton City yang terletak di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Behrang, dalam Parlimen Tanjung Malim mula beroperasi pada 5 Feb 2018 dan mempunyai 42 bilik darjah selain dilengkapi kemudahan antaranya dewan, padang, astaka, surau dan kantin.
SMK Proton City terletak kira-kira sembilan kilometer dari bandar Tanjung Malim, dibina di atas tanah seluas 9.349 hektar dengan kos pembinaan sebanyak RM29.9 juta. Kerja-kerja pembinaan sekolah mula dilaksanakan pada 28 Julai 2015, dan siap sepenuhnya pada 25 julai 2017.
Beliau berkata sekolah tersebut kini mempunyai 675 pelajar, 61 guru dan tujuh staf sokongan.
Fadhlina berkata konsep bilik darjah bergerak (mobile classroom) telah diperkenalkan oleh pihak pengurusan sekolah untuk mengoptimumkan penggunaan 42 bilik darjah berkenaan.
"Ciri utama konsep mobile classroom ialah pelajar-pelajar tidak mempunyai kelas tetap, mereka akan bergerak ke bilik guru mata pelajaran mengikut cara, waktu yang ditetapkan.
"Setiap guru mata pelajaran diperuntukkan satu bilik kelas dan pengurusan bilik tersebut dilakukan sepenuhnya oleh guru berkenaan," katanya.
Pada masa sama, Fadhlina berkata antara pencapaian terbaik sekolah itu adalah dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 apabila memperoleh 100 peratus lulus subjek Bahasa Melayu dan Sejarah, serta tiga pelajar memperoleh semua A, selain terpilih sebagai sekolah harian terbaik daerah Muallim.
Selepas majlis perasmian itu, Sultan Nazrin dan Tuanku Zara berkenan melawat pameran yang disediakan pelajar dan guru sambil diberi penerangan oleh Pengetua SMK Proton City Zalina Ahmad sebelum pasangan diraja itu berangkat pulang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sultan Nazrin Shah
#SMK Proton City
#Fadhlina Sidek
#Sultan Perak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan