Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Shah menzahirkan rasa dukacita dengan sifat pemimpin politik negara ini dalam bersaing merebut kuasa.
Baginda mengingatkan pemimpin politik agar merendah diri bila mencapai kemenangan manakala yang tewas perlu menerima keputusan secara terhormat.
“Terdapat sebahagian pemimpin politik yang memilih bersifat riak dengan kemenangan, sementara sebahagian yang kalah bersifat berdendam.
“Pihak yang menang hendaklah mengamalkan budaya terpuji merendah diri, sementara yang tewas mengamalkan budaya menerima penentuan Ilahi secara terhormat,” titah baginda pada Istiadat Konvokensyen ke-11 Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) di Kuala Kangsar, pada Sabtu.
Sultan Nazrin juga menzahirkan rasa dukacita kerana suasana harmoni yang menjadi budaya rakyat negara ini sejak sekian lama kini mahu dimusnahkan disebabkan persaingan politik.
Baginda juga mengingatkan pemimpin politik agar tidak menjadi dalang melakukan provokasi yang boleh memarakkan api kebencian dan permusuhan antara rakyat berbilang kaum serta agama di negara ini.
Titah banginda, kebijaksanaan para pengasas negara ini yang memiliki hikmah dalam membangunkan negara dengan menyatukan rakyat berbilang kaum dan agama hendaklah terus dipupuk agar negara yang aman, tenteram, harmoni lagi makmur dapat diwariskan kepada generasi akan datang.
“Ada negara yang menghadapi konflik hingga hancur musnah kerana perselisihan berpunca daripada perbezaan mazhab, berlainan agama dan ada yang berpisah kerana tuntutan autonomi wilayah serta ada yang berbunuhan kerana perbezaan ideologi politik.
“Malaysia memiliki semua komponen untuk dijadikan bahan mencetuskan konflik. Namun pemimpin terdahulu memilih untuk tidak berkonflik,” titah baginda.
Dalam pada itu, baginda mengingatkan para graduan supaya menggunakan pengetahuan mereka menjadi warga berilmu yang berfikiran rasional, tidak mudah diracuni minda untuk mencetuskan persengketaan berdasarkan emosi, arif mengelakkan diri daripada diperalatkan memenuhi nafsu orang-orang yang berfikiran cetek serta tidak berwawasan jauh.
Baginda turut mengucapkan tahniah kepada para graduan USAS serta menzahirkan penghargaan kepada anggota keluarga yang berada di belakang kejayaan mahasiswa berkenaan.
“Beta menzahirkan ucapan terima kasih kepada setiap warga USAS, pengerusi dan ahli-ahli lembaga pengarah, naib canselor dan anggota akademik, begitu juga kepada staf pengurusan dan kakitangan sokongan yang telah memberikan komitmen, terus meningkatkan kejayaan USAS,” titah Sultan Nazrin.
Astro Awani
Sat Dec 01 2018
Sultan Nazrin mengingatkan pihak yang menang mengamalkan budaya terpuji merendah diri, sementara yang tewas mengamalkan budaya menerima penentuan Ilahi secara terhormat. - Gambar fail
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
Tahun Baharu Tamil, Hari Vishu diharap bawa permulaan hidup harmoni - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata kedua-dua sambutan itu mempunyai keunikan budaya dan sejarahnya yang tersendiri.
Minoriti Siam Kelantan tidak rasa terasing, hidup harmoni dalam kemerdekaan
Asimilasi budaya yang telah sebati dan berakar umbi sejak zaman nenek moyang menjadikan mereka seperti bersaudara.
Pemimpin perlu beri contoh pupuk semangat saling memahami, menghormati - Sultan Perak
Pertahanan negara akan menjadi rapuh jika warga yang terdiri daripada pelbagai kaum, pelbagai agama, gagal menjalinkan hubungan yang harmoni.
Rakyat Sabah diminta jadi benteng tolak politik perkauman - Hajiji
Datuk Hajiji Mohd Noor menyeru agar rakyat di Sabah menjadi benteng bagi menolak sebarang tindakan atau pendekatan yang membawa unsur politik perkauman ekstrem di negeri ini.
Karakter Upin Ipin diangkat sebagai duta mahabbah - Maszlee
Beliau berkata, elemen saling menghormati, sayang-menyayangi dalam kalangan pelbagai kaum di negara ini wujud dalam karakter Upin dan Ipin, sekali gus memainkan peranan mempromosikan budaya majmuk.
Sultan Nazrin dukacita dengan sifat riak pemimpin politik
Baginda juga mengingatkan pemimpin politik agar tidak menjadi dalang melakukan provokasi yang boleh memarakkan api kebencian dan permusuhan.
Anggota FRU perketat kawalan di Kuil Sri Maha Mariamman
Sebanyak enam kenderaan Polis Simpanan Persekutuan (FRU) dengan kekuatan lebih 1000 anggota di tempatkan di perkarangan Kuil Sri Maha Mariammam sejak jam 5 petang tadi.
Pelbagai kaum sambut perayaan bersama, petanda baik untuk negara - Tun Mahathir
Perdana Menteri berkata hubungan rapat antara kaum membolehkan pelbagai lapisan masyarakat merayakan semua hari kebesaran bersama-sama.
Kerajaan tubuh Majlis Perundingan Keharmonian Rakyat kukuh integrasi nasional
Langkah itu diambil bagi mempromosikan Malaysia di peringkat global sebagai model negara moderat yang berjaya menjaga keharmonian antara kaum dan agama.
3 pasangan yang putus kasih tetapi masih baik
Kisah bermula apabila pelakon Zahirah Macwilson didakwa menjadi punca hubungan antara Kamal dan Emma retak.