awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sultan Nazrin perkenan kurniakan Erdogan dengan anugerah tertinggi Universiti Malaya

Firdaus Azil
Firdaus Azil
10/02/2025
07:53 MYT
Sultan Nazrin perkenan kurniakan Erdogan dengan anugerah tertinggi Universiti Malaya
Sultan Nazrin, yang juga Canselor UM, berkenan menganugerahkan Ijazah Kehormat itu kepada Erdogan dalam satu Istiadat Konvokesyen Khas di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).- Foto Astro AWANI
PUTRAJAYA: Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada Isnin telah berkenan mengurniakan anugerah tertinggi Universiti Malaya (UM), Ijazah Kehormat Doktor Hubungan Antarabangsa kepada Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan.
Sultan Nazrin, yang juga Canselor UM, berkenan menganugerahkan Ijazah Kehormat itu kepada Erdogan dalam satu Istiadat Konvokesyen Khas di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
“Dengan kuasa yang diberi kepada Beta, maka Beta kurniakan kepada Tuan Yang Terutama Recep Tayyip Erdogan, Ijazah Kehormat Doktor Hubungan Antarabangsa,” titah Baginda dalam majlis yang turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Zambry Abd Kadir, dan Naib Canselor UM, Professor Datuk Seri Ir Dr Noor Azuan Abu Osman.
UM dalam siaran media sebelum ini berkata, penganugerahan ijazah itu bagi merupakan satu penghormatan tertinggi serta pengiktirafan terhadap sumbangan Erdogan dalam diplomasi global dan perundingan antarabangsa.
Erdogan terima Ijazah Kehormat Doktor Hubungan Antarabangsa
Terdahulu, Erdogan tiba di sini bagi memulakan lawatan rasmi dua hari ke Malaysia.
Pesawat yang membawa Erdogan mendarat di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 2.10 petang.
Ketibaan beliau yang diiringi Wanita Pertama Turkiye Emine, disambut oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Beliau dijadualkan untuk mengadakan perbincangan dengan Anwar, dengan intipatinya merangkumi isu dua hala, serantau dan antarabangsa, yang akan mengukuhkan lagi perkongsian strategik Malaysia-Turkiye.
Lawatan itu juga akan menyaksikan pemeteraian beberapa Memorandum Persefahaman (MoU), diikuti dengan sidang media bersama.
Lawatan Erdogan akan diakhiri dengan Forum Perniagaan Malaysia-Turkiye, mencerminkan komitmen bersama antara kedua-dua negara dalam memperkukuh perkongsian ekonomi.
Topic Berkaitan
#Recep Tayyip Erdogan
#sultan nazrin
#Ijazah Kehormat Doktor Hubungan Antarabangsa
#universiti malaya
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan