awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM siasat kes lelaki didakwa cedera akibat dipukul polis
SPRM akan panggil beberapa individu bantu siasatan kes dana zakat
Lima termasuk kanak‑kanak cedera dalam insiden tembakan ketika perarakan Mardi Gras di Louisiana
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sultan Nazrin rasmi SBPI Gopeng

Bernama
Bernama
27/06/2024
06:03 MYT
Sultan Nazrin rasmi SBPI Gopeng
Sultan Nazrin berkenan menandatangani plak simbolik merasmikan SBPI Gopeng. - Foto Sinar Harian
GOPENG: Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini berkenan merasmikan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Gopeng di sini.
Turut berangkat Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim, Raja Muda Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa, Raja Puan Besar Perak Raja Nazhatul Shima Sultan Idris A'fifullah Shah dan Raja Di Hilir Raja Iskandar Dzurkarnain Sultan Idris A'fifullah Shah.
Turut hadir Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dan Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh.
Pembinaan sekolah itu bermula pada 13 Nov 2000 dengan kos pembinaan berjumlah RM30.4 juta.
Fadhlina dalam ucapannya berkata SBPI Gopeng ialah antara 14 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) yang telah dinaik taraf sebagai SBPI.
"Sekolah ini telah beroperasi secara pentadbiran pada Disember 2002 dan pada 17 Feb 2003, ia telah menerima murid sulung yang terdiri daripada 89 murid tingkatan satu dan 81 murid tingkatan empat dengan kekuatan 10 guru," katanya.
Beliau berkata pada tahun ini, enrolmen pelajar di sekolah itu berjumlah 590 orang dengan bimbingan 55 guru dan 16 staf sokongan.
Fadhlina berkata sepanjang 21 tahun operasi sekolah berkenaan, pelbagai pencapaian telah dirangkul dalam aspek akademik, kokurikulum serta sukan di peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sultan Perak
#Sultan Nazrin Shah
#merasmikan
#Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gopeng
#Fadhlina Sidek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan