awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
Presiden Persatuan Sepak Takraw Thailand letak jawatan
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sultan Nazrin sebak baca doa, seru rakyat bersatu

Bernama
Bernama
04/09/2025
21:15 MYT
Sultan Nazrin sebak baca doa, seru rakyat bersatu
Sultan Nazrin Shah berkenan menyampaikan titah baginda ketika berangkat pada sambutan Maulidur Rasul 1447H/2025M peringkat negeri Perak di sebuah hotel di Ipoh malam tadi. -- fotoBERNAMA
IPOH: Sultan Perak Sultan Nazrin Shah sebak ketika membaca doa dalam titah baginda pada Majlis Maulidur Rasul Peringkat Negeri Perak malam tadi.
Menerusi titah penutup itu, Sultan Nazrin memohon agar Allah menyatukan hati dan memperbaiki hubungan antara rakyat untuk menyelamatkan mereka daripada kegelapan jahiliah.
"Tunjukkanlah kami jalan yang lurus, kurniai kami taufik dan hidayah-Mu, dan sinarilah jiwa kami dengan cahaya iman dan takwa.
"Jadikanlah kami umat yang bersatu, saling menyayangi, menghormati dan bekerjasama dalam kebaikan.
"Jauhkanlah kami daripada perpecahan, permusuhan dan kebencian. Tautkan hati-hati kami dengan iman dan kasih sayang kerana-Mu, Ya Allah," doa baginda.
Turut berangkat ke majlis itu Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim dan Raja Muda Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa.
Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad dan isteri, Datin Seri Aezer Zubin.
Terdahulu, Sultan Nazrin turut berkenan mengurniakan anugerah kepada Umi Kalsom Bahak, 74, dari Bidor sebagai penerima Tokoh Keluarga Mithali (Anugerah Keluarga Ammar bin Yasir) yang membawa pulang wang tunai RM10,000, pakej umrah bernilai RM9,000 dan plak.
Baginda juga berkenan mengurniakan anugerah lain termasuk Tokoh Pendakwah (Anugerah Ibnu Abbas) kepada Wan Masindra Juja, Anugerah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) kepada Perak ABIM dan Tokoh Imam (Anugerah Pegawai Masjid) kepada Rosli Mat.
Turut dikurniakan Anugerah Pegawai Masjid kepada Sirat Abdullah bagi Tokoh Bilal dan Mat Yusoff Suliman bagi Tokoh Siak serta Anugerah Khas kepada Ismail Muhamad Zin dengan masing-masing menerima wang tunai RM5,000 dan plak.
Sultan Nazrin kemudian berkenan bersantap dengan kesemua penerima anugerah sebelum berangkat pulang pada 11.30 malam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sultan Nazrin Shah
#Maulidur Rasul
#sebak
#doa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan