awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
Ungkapan 'cerai' hanya kiasan spontan, bukan motif politik - Alexander
SPRM akan siasat semula kes lama jika ada petunjuk baharu - Azam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sultan Pahang bantu bina semula rumah mangsa kebakaran di Kampung Cherok Paloh

Bernama
Bernama
05/08/2025
23:30 MYT
Sultan Pahang bantu bina semula rumah mangsa kebakaran di Kampung Cherok Paloh
Sultan Pahang meluangkan masa lebih 30 minit untuk melawat empat sekeluarga yang terlibat dalam insiden kebakaran di Kampung Cherok Paloh, Kuantan.- Foto BERNAMA
KUANTAN: Keprihatinan Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memberikan harapan baharu kepada sebuah keluarga di Kampung Cherok Paloh, di sini yang kehilangan rumah akibat kebakaran baru-baru ini.
Sultan Pahang semalam turut berkenan meluangkan masa lebih 30 minit untuk melawat empat sekeluarga yang terlibat dalam insiden terbabit yang berlaku kira-kira 4 petang pada Ahad lepas.
Al-Sultan Abdullah menzahirkan rasa simpati dengan kejadian yang menimpa keluarga Mohd Khiri Amri Abdul Halim, 33, dan isteri Nurzalina Mohd Jusof, 30, bersama dua anak mereka berusia empat dan lapan tahun.
"Kita akan berikan bantuan seberapa yang boleh kepada Mohd Khiri Amri dan saya dimaklumkan isterinya akan melahirkan (cahaya mata ketiga) nanti. Kita akan usahakan dapat sebuah rumah baharu yang akan dibina di tapak yang sama dengan kebenaran tuan tanah yang juga datuk saudara mangsa.
"Tadi, YB (Yang Berhormat) (Ahli Dewan Undangan Negeri Inderapura Datuk Seri Shafik Fauzan Sharif) menyatakan akan bantu untuk mencari sebuah enjin bot bagi membolehkan mangsa bekerja semula sebagai nelayan," titah baginda ketika mengadakan lawatan di lokasi kebakaran itu di sini.
Sementara itu, Mohd Khiri Amri bersyukur dengan kunjungan Sultan Pahang, dan menganggap sumbangan baginda sebagai sinar baharu kepada keluarganya.
"Tuanku titah akan bantu bina semula rumah ini selain nak bantu keperluan asas yang lain. Tuanku juga ingin bantu dapatkan enjin bot baharu kerana enjin bot saya yang disimpan di dalam rumah turut terbakar," katanya.
Dalam pada itu, Mohd Khiri Amri berkata Al-Sultan Abdullah akan kembali melihat semula kediamannya sejurus rumah baharu itu siap dibina.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#rumah terbakar
#Kampung Cherok Paloh
#Sultan Pahang
#sumbangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan