MALAYSIA
Sultan Pahang sah YDP Agong baharu

Pelantikan itu diumum oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad hari ini.
Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in, telah dilantik sebagai Yang Di-Pertuan Agong ke-16.
Pelantikan itu diumum oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad hari ini.
Terdahulu, Raja-Raja Melayu telah mengadakan mesyuarat khas di Istana Negara pagi ini, bagi membincang dan memperkenankan pengganti kepada Sultan Muhammad V, yang meletakkan jawatan sebagai YDP Agong pada 6 Januari lepas.
"Majlis Raja-Raja juga bersetuju mengisyhtiharkan bahawa Duli Yang Maha Mulia Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, Sultan Perak Darul Ridzuan, telah dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong, selama tempoh lima tahun, mulai 31 Januari 2019," katanya dalam kenyataan itu.
Syed Danial berkata, menurut peruntukan Paragraf 3, Bahagian Pertama, Jadual Ketiga Perlembagaan Persekutuan, keputusan Majlis Raja-Raja telah dikemukakan kepada kedua-dua Dewan Parlimen, dan kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami