awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sultan Pahang saran MUIP wujudkan Pusat Rujukan JAWI

Bernama
Bernama
28/04/2025
15:30 MYT
Sultan Pahang saran MUIP wujudkan Pusat Rujukan JAWI
Al-Sultan Abdullah menyarankan MUIP menubuhkan satu badan atau institusi khusus bagi melaksanakan kursus, latihan dan pentauliahan Jawi secara rasmi. - Gambar FB Kesultanan Pahang
KUANTAN: Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan hasrat menubuhkan Pusat Rujukan Jawi Negeri sebagai teras pendidikan, rujukan dan pemeliharaan tulisan Jawi.
Menerusi laman Facebook Kesultanan Pahang hari ini, Al-Sultan Abdullah menyarankan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) menubuhkan satu badan atau institusi khusus bagi melaksanakan kursus, latihan dan pentauliahan Jawi secara rasmi.
Baginda juga bertitah agar semua pihak yang berkaitan memberi komitmen berhubung hasrat itu kerana tulisan Jawi merupakan warisan besar Melayu dan simbol peradaban Islam yang perlu terus dipelihara.
"Agenda Jawi ini tidak boleh dianggap sebagai sisipan atau pelengkap semata-mata sebaliknya mesti dijadikan komponen penting dalam membina negeri yang bertamadun dan beridentiti," titah baginda.
Menurut hantaran itu, Sultan Pahang bertitah demikian ketika berkenan berangkat ke Mesyuarat MUIP kali ke-194 hari ini.
Turut berangkat Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah, yang juga Timbalan Yang Dipertuan MUIP.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Facebook
#tulisan jawi
#komponen penting
#MUIP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan