awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sultan Pahang titah masjid laksanakan solat istisqa' mohon hujan

Bernama
Bernama
30/03/2024
09:31 MYT
Sultan Pahang titah masjid laksanakan solat istisqa' mohon hujan
Baginda Sultan Pahang bertitah demikian selepas meninjau paras air Sungai Pahang yang dilaporkan surut akibat fenomena El Nino pada Khamis lepas. - FB Kesultanan Pahang
KUANTAN: Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) supaya semua masjid di negeri ini melaksanakan solat istisqa' memohon diturunkan hujan dan solat hajat bagi mendoakan kesejahteraan rakyat.
Pengelola Bijaya Diraja Sultan Pahang Datuk Ahmad Khirrizal Ab Rahman berkata baginda bertitah demikian selepas meninjau paras air Sungai Pahang yang dilaporkan surut akibat fenomena El Nino pada Khamis lepas.
Beliau berkata Sultan Abdullah juga telah mendapat makluman terdapat beberapa kejadian kebakaran hutan di negeri ini berikutan fenomena tersebut.
"Fenomena El Nino menyebabkan cuaca menjadi panas dan kering yang boleh menyebabkan kesan sampingan dan risiko mengalami dehirasi dan strok haba. Fenomena ini juga boleh menyebabkan krisis bekalan air, kebakaran hutan dan penyakit berkaitan jerebu.
"Sehubungan dengan itu, Ke bawah Duli Paduka Baginda Tuanku menasihatkan rakyat Pahang Darul Makmur khususnya agar meminum air secukupnya selepas berbuka puasa dan mengehadkan aktiviti di luar," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata baginda juga turut menasihatkan rakyat supaya berjimat dalam penggunaan air dan bagi mereka yang mengalami penyakit kesan daripada fenomena ini, perlu berjumpa doktor dengan segera untuk mendapatkan rawatan.
-- BERNAMA
Dapatkan tip menghadapi cuaca panas dan info empangan di sini
Topic Berkaitan
#Sultan Pahang
#solat Istisqa'
#mohon diturunkan hujan
#cuaca panas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan