KUALA KANGSAR: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, berkenan berangkat mendengar taklimat berhubung tragedi kemalangan jalan raya di Kilometer 245.2 arah utara Lebuh Raya Utara Selatan yang mengorbankan lima pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) pada 12 Mei lalu.
Baginda yang juga Canselor USAS menzahirkan rasa amat dukacita mengenai kejadian yang melibatkan kehilangan nyawa lima orang pelajar itu secara sangat tragik dan mengerikan.
Menurut Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim, baginda turut berkenan mengurniakan sumbangan RM50,000 kepada USAS untuk disampaikan kepada lima keluarga mangsa yang terlibat.
Ahmad Suaidi berkata, Sultan Nazrin telah dipersembahkan taklimat oleh Naib Canselor USAS, Tan Sri Prof Dr Nordin Kardi; Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid dan Ketua Jabatan dan Pakar Perubatan Forensik Hospital Taiping, Dr N. Murali.
Sesi sembah taklimat yang mengambil masa kira-kira sejam itu, berlangsung di Bangunan Pentadbiran USAS, Kuala Kangsar pada Khamis.
Ahmad Suaidi berkata, walaupun pada hakikatnya ajal maut ditentukan Ilahi, baginda berpendirian bahawa Allah SWT juga menyeru manusia agar berusaha dan berikhtiar untuk mengelakkan diri daripada ancaman, bencana, bahaya dan malapetaka.
Kata beliau, Sultan Nazrin turut bertitah banyak langkah pencegahan boleh dan perlu dilakukan.
Sehubungan itu, katanya, baginda menitahkan semua pihak yang berkaitan menjadikan tragedi itu sebagai pengajaran, mengenal pasti dan menerima kelemahan yang ada untuk dilakukan penambahbaikan, terutama dari sudut penguatkuasaan undang-undang dan peraturan agar kejadian kemalangan yang tragik seperti ini dapat dielakkan daripada berulang.
Sultan Nazrin turut menzahirkan simpati dan ucapan takziah kepada ibu bapa dan ahli keluarga mangsa yang telah kehilangan anak dan ahli keluarga dalam usia yang begitu muda, dan menghadapi ajal dengan cara yang sangat memilukan hati.
Baginda berdoa agar ibu bapa dan ahli keluarga diberikan kekuatan dan ketabahan menghadapi ujian berat Ilahi dengan redha serta mendoakan roh kelima-lima mangsa yang terkorban dilimpahi rahmat ihsan Ilahi dan ditempatkan dalam kalangan roh para solihin.
Dalam nahas yang berlaku awal pagi Khamis lalu, lima mangsa yang menaiki kereta maut di tempat kejadian, manakala dua pemandu treler dan seorang kelindan terselamat.
Kesemua lima mangsa itu ialah Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, 22; Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21; Iqbal Hasnun Halimi, 23; Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19, dan Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20.
Abd Razak Mohd Ali
Thu May 19 2022

Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, berkenan berangkat ke Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) bagi mendengar taklimat mengenai tragedi kemalangan jalan raya yang mengorbankan lima pelajar universiti itu. - Gambar Astro AWANI

Emilia diberi amaran tidak guna sijil cuti sakit untuk tidak hadir prosiding
Majistret Nadia Othman juga membatalkan waran tangkap yang dikeluarkan terhadap Emilia, 43, selepas berpuas hati dengan penjelasan wanita itu berhubung ketidakhadirannya.

280,000 akaun pengguna SADA alami gangguan bekalan air akibat banjir di Baling
Sebanyak 280,000 akaun pengguna Syarikat Air Darul Aman (SADA) di tiga daerah terjejas akibat kejadian banjir dan fenomena kepala air.

Banjir Baling: 499 mangsa selamat dipindahkan ke PPS - Reezal
Seramai 499 mangsa banjir di Baling, Kedah berjaya diselamat dan dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) oleh pasukan bomba selepas operasi menyelamat ditamatkan secara rasminya.

Pemandu maut tercampak keluar dari lori di lebuh raya
Pemandu lori berkenaan berusia dalam lingkungan 29 tahun tercampak keluar dari lori dan disahkan maut di lokasi kejadian.

Jumlah kelahiran bayi di Sarawak menurun 50 peratus - Timbalan Premier
Punca penurunan mungkin ekoran pembangunan semula jadi, tahap pendidikan yang semakin meningkat, komuniti dan tekanan kerja.

Maut dijerut kabel pengecas telefon: Mangsa samun selamat dikebumi
Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Mengkuang, kira-kira jam 8.50 malam.

N.Sembilan kuat kuasa undang-undang, ambil tindakan tegas terhadap pencemar sumber air
Ia bagi memastikan masyarakat mematuhi sepenuhnya prosedur kawalan air dan penguatkuasaan peraturan berkenaan.

ASEAN berpotensi jadi destinasi pelancongan berkualiti - Nancy
Pada masa hadapan, negara anggota ASEAN boleh memperkukuh kolaborasi dalam pemasaran dan mempromosi tawaran pelancongan di rantau itu.

Politik Britain | Seorang lagi menteri Kabinet UK letak jawatan
Sehari selepas peletakan jawatan Menteri Kewangan, Rishi Sunak dan Menteri Kesihatan Britain, Sajid Javid. Seorang lagi menteri Kabinet Kanan, Menteri Kanak-Kanak dan Keluarga United Kingdom (UK), William Quince meletak jawatan.

Banjir | Paras air meningkat di beberapa kawasan
Peralihan angin monsun membawa banjir di beberapa kawasan di seluruh dunia. Sekali gus menjejaskan kehidupan penduduk di kawasan terlibat. Antara terkesan, Jepun, Australia dan Serbia. Kita ikuti rangkuman ini.

Singapura mahu terus perkukuh hubungan dengan Malaysia
Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong berharap untuk membina hubungan lebih kukuh antara republik itu dan Malaysia.

Malaysia perlu terus bersikap terbuka, jadi contoh kepelbagaian budaya - Sultan Nazrin
Baginda menyarankan Malaysia terus berusaha mengekalkan keterbukaan, bagi membolehkan negara mencapai masa depan yang lebih gemilang untuk semua.

Sultan Perak berkenan dengar taklimat kemalangan lima pelajar USAS
Sultan Nazrin rasa zahir dukacita kejadian yang melibatkan kehilangan nyawa lima orang pelajar itu secara sangat tragik dan mengerikan.

Sultan Nazrin solat sunat Aidilfitri di Masjid Ubudiah
Sultan Nazrin turut menziarahi pusara ayahanda baginda, Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah di Makam Diraja masjid berkenaan.

Sultan Perak berangkat ke Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Negeri
Baginda berkenaan menyampaikan Bantuan Aidilfitri RM8.3 juta kepada penghulu-penghulu untuk diagihkan kepada 33,342 penerima.

Beri kepercayaan belia ambil tanggungjawab lebih besar bangun negara-bangsa - Sultan Perak
Penglibatan belia secara aktif dapat membantu untuk meremajakan dasar yang telah tua, meniup pembaharuan kepada struktur yang telah lama.

Hentikan pembaziran makanan - Sultan Nazrin
Jabatan kerajaan mesti menunjukkan contoh yang baik, bermula daripada menempah kuantiti makanan dalam majlis dan acara yang diadakan.

Sultan Nazrin berangkat ke majlis penutup Tilawah al-Quran Perak
Aiman Ridhwan Mohamad Ramlan muncul johan qari dan Nurul Syafiqah Nardi pula johan qariah.

Sultan Nazrin seru pilihan raya adil dan bebas
Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menitahkan agar proses pilihan raya di negara ini dilaksanakan secara bebas dan adil bagi menjamin kesuburan amalan demokrasi.

Undi18: Bukan sekadar beri hak, tetapi peluang lebih besar anak muda memilih pemimpin, corak kerajaan - Sultan Nazrin
Sultan Nazrin bertitah, anak muda perlu dibimbing agar memiliki tahap literasi politik yang berupaya memahami erti dan amalan demokrasi, yang sihat lagi membina.