awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sultan Selangor berkenan terima menghadap Menteri Komunikasi

Bernama
Bernama
28/06/2024
05:42 MYT
Sultan Selangor berkenan terima menghadap Menteri Komunikasi
Dalam hantaran menerusi media sosial Selangor Royal Official, Sultan Sharafuddin berkenan menerima Warkah Persilaan Ke Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-17 Sultan Ibrahim daripada Fahmi. - Facebook Selangor Royal Office
SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima menghadap Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil di Istana Bukit Kayangan dekat sini, semalam.
Sesi menghadap itu adalah bagi mempersembahkan Warkah Persilaan Ke Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-17 Sultan Ibrahim yang dijadualkan berlangsung di Istana Negara pada 20 Julai ini.
Fahmi merupakan Menteri Pengerusi Jawatankuasa Khas Acara-Acara Sempena Istiadat Pertabalan Agong.
Dalam hantaran menerusi laman Instagram Selangor Royal Official, Sultan Sharafuddin berkenan menerima warkah persilaan tersebut.
Sultan Ibrahim telah melafaz dan menandatangani Surat Sumpah Jawatan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 31 Jan lepas.
Pada 16 Mei lepas, Fahmi dilaporkan berkata kerajaan dengan titah perkenan Yang di-Pertuan Agong akan melaksanakan pelbagai acara sempena istiadat penuh simbolik itu yang berlangsung lima tahun sekali.
Antara acara tersebut ialah Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat di Masjid Negara, Lawatan Raja Permaisuri Agong ke Hospital Orang Asli Gombak dan Pameran Raja Kita di Muzium Negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sultan Sharafuddin Idris Shah
#Fahmi Fadzil
#Warkah Persilaan
#Pertabalan Yang di-Pertuan Agong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan