Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah malam ini berkenan merasmikan pintu gerbang Kota Darul Ehsan, yang dinaik taraf, oleh kerajaan negeri atas titah baginda.
Pintu gerbang itu, yang melambangkan sempadan antara Petaling Jaya, Selangor dan Kuala Lumpur, dinaik taraf selepas 36 tahun.
Baginda, yang tiba di sebuah hotel di sini dengan diiringi Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, menzahirkan rasa puas hati dengan projek naik taraf pintu gerbang Kota Darul Ehsan.
"Beta amat berbesar hati dan berterima kasih kepada kerajaan negeri Selangor atas usaha yang dilakukan bagi menyempurnakan projek menaiktaraf Kota Darul Ehsan.
"Pembinaan kota ini telah bermula pada 1 Feb 1974 apabila Kuala Lumpur diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan dan pada ketika itu almarhum ayahanda beta, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah telah menitahkan agar sebuah pintu gerbang dibina sebagai tanda sempadan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor," titah baginda dalam kenyataan yang dikeluarkan pejabat Sultan Selangor pada Ahad.
Baginda bertitah, mengikut rancangan asal, pembinaan kota tersebut sepatutnya dibuat di atas garis sempadan, namun ia dianjak sedikit ke lokasi sekarang bagi menjimatkan kos.
"Kota ini kemudian dibuka secara rasmi pada 1981 dan kini setelah 36 tahun, Kota Darul Ehsan diberi nafas baharu serta tampil indah sesuai dengan imejnya sebagai ikon negeri Selangor," titah baginda.
Baginda turut menyeru sekalian rakyat agar sama-sama menghargai pintu gerbang Kota Darul Ehsan yang merupakan mercu tanda kebanggaan negeri Selangor.
Kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM12 juta untuk kerja-kerja menaik taraf pintu gerbang Kota Darul Ehsan yang bermula pada 15 April 2015 dan siap sepenuhnya pada 30 Sept lepas.
Projek tersebut membabitkan beberapa komponen penting termasuk ukiran dan motif di bahagian dinding dan kaki tiang yang menggunakan bahan ringan dan tidak berbahaya kepada pengguna jalan raya tanpa mengubah konsep asal reka bentuk Kota Darul Ehsan.
Skop kerja juga melibatkan tiang bendera, jata negeri Selangor, kanopi dan skema warna yang bersesuaian dengan imej negeri Selangor.
Selain itu, sistem pencahayaan khusus dan kerja-kerja menaik taraf kemudahan infra sistem bekalan elektrik turut dilakukan serta penanaman rumput dan pokok renek di sekitar kawasan Kota Darul Ehsan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 19 2017
Sultan Sharafuddin Idris Shah (kanan) menerima replika Kota Darul Ehsan dari Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor Datuk Ir, Ruslan Abd Aziz (kiri) selepas Perasmian Pemuliharaan Kota Darul Ehsan di sebuah hotel malam tadi. --fotoBERNAMA
AWANI Ringkas: Pertembungan PKR, PN, PRM & Bebas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Asia B-23: Empat senario Indonesia buru tiket Olimpik Paris
Indonesia kini boleh bermimpi untuk beraksi di pentas Sukan Olimpik Paris tahun ini kerana mereka sekurang-kurangnya telah dijamin aksi playoff menentang Guinea.
KPJ Healthcare, Trustr bergabung untuk revolusi penjagaan kesihatan
Kolaborasi itu akan memfokuskan kepada memanfaatkan rangkaian kesihatan digital inovatif Trustr yang dipacu teknologi AI.
UMT bakal miliki rumah alumni bernilai RM2.2 juta
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) merancang memiliki rumah alumni sebagai pusat sehenti, bagi memperkukuh jaringan kerjasama dengan bekas pelajar, industri dan universiti.
Piala Thomas: Pengalaman Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal ditandingi beregu Hong Kong
Hanya 26 minit sahaja diperlukan bekas juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk memastikan Malaysia meraih mata kedua dalam saingan Piala Thomas pagi tadi.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia berjaya meraih kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu 21-18, 21-18 dalam perlawanan Kumpulan D pagi tadi.
Filem Oppa beri kesedaran jenayah love scam
Filem kesedaran mengenai jenayah LOVE scam bertajuk 'Oppa' bakal menemui anda pada 9 May ini dengan membawa mesej tentang penipuan dalam talian yang seringkali menyasarkan golongan wanita.
[INFOGRAFIK] Calon Perpaduan | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perpaduan bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
[INFOGRAFIK] Calon Perikatan Nasional | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perikatan Nasional bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
Pertandingan empat penjuru N.06 Kuala Kubu Baharu
Untuk perkembangan lanjut berkaitan Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu kita bersama rakan setugas, Firdaus Azil.
Sultan Selangor rasmi pintu gerbang Kota Darul Ehsan
Pintu gerbang itu, yang melambangkan sempadan antara Petaling Jaya, Selangor dan Kuala Lumpur, dinaik taraf selepas 36 tahun.
Azmin nafi dakwaan peruntukan RM9.7 juta baiki pintu gerbang tidak telus
Azmin Ali nafi dakwaan peruntukan RM9.7 juta bagi kerja mencantikkan pintu gerbang Kota Darul Ehsan di Lebuh Raya Persekutuan dikeluarkan secara tidak telus.