awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tebing Barat hadapi krisis kemanusiaan terburuk sejak 1967 - UNRWA
PRK Kinabatangan: Dua calon selesai mengundi setakat 9 pagi
Bom Perang Dunia Kedua ditemukan dalam kebun di Jasin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sultan Selangor, Tengku Permaisuri berangkat ke majlis penutup Tilawah Al-Quran

Bernama
Bernama
24/01/2026
00:20 MYT
Sultan Selangor, Tengku Permaisuri berangkat ke majlis penutup Tilawah Al-Quran
Sultan Selangor berkenan menyampaikan hadiah kepada Muhammad Isyraq pada Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran peringkat negeri di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, malam tadi. -- fotoBERNAMA
SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan berangkat ke Majlis Penutupan Tilawah dan Hafazan Al-Quran peringkat negeri Selangor Tahun 1447H/2026M di sini semalam.
Keberangkatan tiba baginda berdua di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam Shah Alam, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini disambut Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Datuk Mohd Shahzihan Ahmad.
Mohd Shahzihan dalam sembah ucapan pengumuman keputusan memaklumkan Ahli Lembaga Akademi Literasi Al-Quran Selangor (ALAS) bersetuju memberikan insentif elaun bulanan khas kepada johan tilawah dan hafazan pada Majlis Tilawah dan Hafazan Peringkat Kebangsaan yang akan berlangsung di Terengganu, April ini.
Beliau berkata ia melibatkan elaun bulanan selama lapan bulan sebanyak RM800 bagi johan qari atau qariah, manakala bagi johan hafazan lelaki dan perempuan Tahap 1 sebanyak RM300, Tahap 2 (RM400) dan Tahap 3 (RM500).
"Peserta Selangor yang mendapat kedudukan johan qari dan qariah, serta johan hafazan dalam semua kategori di peringkat kebangsaan akan mula menerima elaun bermula Mei hingga Disember 2026. Semua peruntukan disediakan khas oleh ALAS," katanya.
Muhammad Isyraq dan Pemenang Qariah Tilawah Al-Quran Nor Ruzana Natiah Jaafar pada Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Negeri Selangor 1447H/2026M di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, malam tadi. -- fotoBERNAMA
Muhammad Isyraq dan Pemenang Qariah Tilawah Al-Quran Nor Ruzana Natiah Jaafar pada Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Negeri Selangor 1447H/2026M di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, malam tadi. -- fotoBERNAMA
Pada majlis sama Sultan Sharafuddin berkenan menyampaikan hadiah kepada Peserta Terbaik Keseluruhan Tilawah al-Quran dan Peserta Terbaik Keseluruhan Hafazan al-Quran (Tahap 1-30) masing-masing kepada Muhammad Isyraq Shahruddin dan Ahmad Faris Iqbal Mohd Roslan.
Muhammad Isyraq dan Ahmad Faris masing-masing membawa pulang kepingan emas bernilai RM10,000 serta tambahan 0.5 gram emas tajaan sebuah syarikat swasta.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sultan Sharafuddin Idris Shah
#elaun bulanan khas
#Tilawah dan Hafazan al-Quran
#Tengku Permaisuri Norashikin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan