awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sultan Selangor terima zakat perniagaan anak syarikat negeri RM13.2 juta

Bernama
Bernama
03/03/2025
22:50 MYT
Sultan Selangor terima zakat perniagaan anak syarikat negeri RM13.2 juta
Sultan Sharafuddin (kanan) berkenan menyampaikan sumbangan duit raya kepada 434 penerima ketika berangkat ke Majlis Berbuka Puasa Sultan Selangor Bersama Rakyat dan Penyampaian Sumbangan Hari Raya 1446H, pada Isnin. – Gambar Bernama
SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima zakat perniagaan berjumlah lebih RM13.2 juta daripada enam anak syarikat kerajaan negeri, pada Isnin.
Enam syarikat berkenaan ialah Kumpulan Perangsang Selangor Berhad sebanyak RM3.4 juta, Kumpulan Worldwide Holdings Berhad (RM2.9 juta) dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (RM2.6 juta).
Selain itu, Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) sebanyak RM1.9 juta, Permodalan Negeri Selangor Berhad (RM1.2 juta) dan Central Spectrum (M) Sdn Bhd (RM1.03 juta).
Sultan Sharafuddin berkenan menerima zakat tersebut ketika berangkat ke Majlis Berbuka Puasa bersama Rakyat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini, diiringi Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin.
Ketibaan baginda pada 6.30 petang yang turut diiringi Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah itu disambut Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin dan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor, Datuk Salehuddin Saidin.
Pada majlis sama, Sultan Sharafuddin turut menerima serahan wakaf bernilai lebih RM400,000 daripada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Tabung Infaq Jariah Umat Islam Negeri Selangor (TIJARI).
Daripada jumlah tersebut, MBSA telah menyerahkan cek cura berjumlah RM50,000 manakala TIJARI lebih RM300,000 bagi tujuan Pembangunan Pendidikan TIJARI.
Baginda juga berkenan menerima serahan wakaf Klinik Bergerak Pergigian Wakaf Selangor Muamalat sumbangan Wakaf Selangor Muamalat.
Dalam pada itu, Sultan Selangor turut menyampaikan Sumbangan Hari Raya kepada 434 asnaf yang terdiri daripada fakir, miskin dan mualaf dengan setiap penerima menerima sumbangan sebanyak RM500 dengan keseluruhan sebanyak RM217,000.
Sultan Sharafuddin kemudiannya berbuka puasa dan menunaikan solat fardhu Maghrib, Isyak dan solat sunat Tarawih bersama rakyat. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sultan Selangor
#Sultan Sharafuddin Idris Shah
#zakat perniagaan
#Tengku Permaisuri Norashikin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan