KLANG: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) supaya memastikan kesemua masjid dan surau di negeri itu menyediakan penyata kewangan tahunan beraudit untuk diperiksa dan disemak agar pengurusannya dilaksanakan dengan tatakelola yang betul.
Baginda bertitah pentadbir masjid dan surau yang tidak mengambil berat terhadap pengurusan kewangan, perolehan dan pengurusan aset akan menyebabkan masyarakat kurang yakin tentang kredibiliti serta integriti pentadbiran mereka.
Susulan perkenan baginda melancarkan Buku Garis Panduan Pengurusan Kewangan, Perolehan Dan Aset Masjid dan Surau Negeri Selangor Tahun 2023 di Istana Alam Shah, di sini hari ini, Sultan Selangor berharap pentadbir masjid dan surau dapat mematuhi dan melaksanakan semua ketetapan yang digariskan di dalam garis panduan itu.
Sultan Selangor bertitah dengan pelancaran buku garis panduan yang diterbitkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) itu, adalah disarankan keperluan semasa disusun dengan beberapa penambahbaikan bagi meningkatkan tahap tatakelola dan tadbir urus yang cekap.
"Pengurusan perolehan juga perlu diurus dengan tatakelola yang betul agar tidak melibatkan ketirisan, penyelewengan dan salah guna kuasa," titah baginda dalam kenyataan hari ini.
Baginda bertitah bagi memastikan ketetapan itu difahami, MAIS dan JAIS diminta melaksanakan program latihan yang intensif serta berterusan dengan menerapkan kaedah latihan yang bersesuaian dengan latar belakang pentadbir.
"Beta yakin masjid dan surau yang mempunyai sistem pengurusan kewangan yang baik akan lebih diyakini dan berterusan mendapat kepercayaan masyarakat untuk terus memberi sumbangan serta infaq mereka.
"Beta berharap agar buku garis panduan ini juga akan menjadi rujukan penting untuk meningkatkan kualiti pengurusan kewangan bagi mengangkat integriti dan kemuliaan masjid serta surau sebagai institusi masyarakat yang dihormati melalui amalan tatakelola yang kemas dan teratur," titah baginda.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 07 2023
Sultan Sharafuddin Idris Shah (kanan) berkenan melancarkan Buku Garis Panduan Pengurusan Kewangan, Perolehan dan Aset Masjid dan Surau Negeri Selangor Tahun 2023 di Istana Alam Shah hari ini. -Bernama
Pelan Tindakan Pendidikan dan Penghayatan Rukun Negara dilancar Ogos ini - Aaron
Ia melibatkan Kementerian Perpaduan Negara, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pendidikan Tinggi, dan Kementerian Komunikasi.
Peserta maraton Cyberjaya dipapah lepasi garisan penamat
Peserta maraton rebah di garisan penamat sejurus sebelum menamatkan larian 42km dalam perlumbaan Twincity Marathon Cyberjaya.
Proton buka pusat penyelidikan dan pembangunan di Teluk Hangzhou, China
Pembukaan pusat R&D itu akan meningkatkan sinergi kecekapan dalaman mereka dengan penggunaan sumber dan pengetahuan Geely.
AWANI Ringkas: Wujudkan akta lindungi pekerja OKU/autistik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH tayang sijil UPSR 7A, SPM 10A
Calon PH, Pang Sock Tao menyahut cabaran Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari supaya menunjukkan kelulusan pendidikan rendah dan menengahnya.
AWANI Ringkas: Wujudkan akta lindungi pekerja OKU/autistik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Isu stoking: Pengarah KK Mart, isteri akan kemuka representasi kepada AGC
Pengarah KK Mart yang berdepan dua pertuduhan melukakan perasaan orang Islam dalam isu berkaitan penjualan stoking tertera kalimah Allah akan mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara.
Inisiatif IHH Healthcare lancar pemasangan panel solar wajar jadi contoh - Fadillah Yusof
IHH Healthcare Malaysia mencatatkan pencapaian baharu dengan melancarkan inisiatif pemasangan panel solar di seluruh rangkaian hospitalnya sekali gus menjadikannya pelopor.
Che'gu Bard akan didakwa di Johor Bahru esok
Che'gu Bard berkata, ia dipercayai berhubung kenyataannya mengenai isu kasino di Forest City, Johor.
Ahmad Zahid ucap tahniah kepada Farah Ain
Ahmad Zahid mengucapkan tahniah kepada atlet boling padang Nor Farah Ain Abdullah yang muncul juara pada Kejohanan Boling Padang Dalam Dewan Dunia 2024.
Sultan Selangor ingatkan jemaah haji persiapkan diri sebaiknya
Sultan Selangor menasihatkan bakal jemaah haji untuk mempersiapkan diri sebaik-baiknya, bagi melaksanakan Rukun Islam kelima.
Sultan Selangor berangkat ke majlis bacaan yasin, tahlil di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut.
Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Seri Perdana
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.
Sultan Selangor zahir ucapan takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar
Turut menzahirkan ucapan takziah ialah Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin.
Sultan Selangor ziarah Raja Perlis di Arau
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat menziarahi Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail di Istana Arau, Perlis.
Sultan Pahang, Sultan Selangor zahir ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri
Al-Sultan Abdullah menasihati seluruh rakyat, terutamanya rakyat di negeri Pahang agar menyambut lebaran dengan penuh rasa syukur dan kegembiraan.
Sultan Selangor zahir takziah kepada keluarga Sister Enda Ryan
Sultan Sharafuddin zahirkan ucapan takziah kepada keluarga pengasas Sekolah Assunta Datin Paduka Sister Enda Ryan, yang meninggal dunia Ahad lalu.
Orang Melayu perlu kukuh keharmonian demi menunjukkan kekuatan bangsa, ummah - Sultan Sharafuddin
Negara yang rakyatnya tidak bersatu padu dan berpecah belah, tidak akan dapat mencapai kemajuan dan kejayaan yang diharapkan.
Polis buka kertas siasatan terhadap Ganesparan, didakwa hina Islam dan Sultan Selangor
Siasatan awal mendapati lelaki itu kini dipercayai berada di Hamburg, Jerman selepas kali terakhir keluar pada 2 November 2017.
Sultan Selangor berbuka puasa bersama warga UPM
Sultan Sharafuddin berkenan menghadiri majlis berbuka puasa bersama warga Universiti Putra Malaysia, pada Jumaat.