awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Seorang maut akibat virus Nipah di Bangladesh - WHO
Sivasangari mara ke suku akhir Terbuka Windy City
Pentagon tamatkan program latihan dan felo dengan Harvard, kata Hegseth
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Sumbangan ketika kempen? Serah kepada Jawatankuasa Pilihan Raya" - Karim Bujang

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
05/01/2020
08:47 MYT
"Sumbangan ketika kempen? Serah kepada Jawatankuasa Pilihan Raya" - Karim Bujang
Karim Bujang bersalaman dengan Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dalam satu acara baru-baru ini. - Gambar fail
Calon Pakatan Harapan (PH) - Warisan, Datuk Karim Bujang memaklumkan beliau tidak tahu mengenai pemberian 50 buah motosikal dalam majlis sambutan Hari Krismas yang dianjurkan sebuah pertubuhan, semalam.
Menurut Ketua Warisan Bahagian Kimanis itu, bagaimanapun, beliau menyerahkan sepenuhnya perkara itu kepada Jawatankuasa Pilihan Raya bagi menyiasat sekiranya benar parti Warisan telah melanggar Akta Pilihan Raya.
“Saya kurang pasti dan saya hadir di majlis itu tetapi saya tidak tahu pula tentang pemberian hadiah itu.
“Kita serahkan kepada Jawatankuasa Pilihan Raya yang memantau proses pilihan raya ini,” katanya ketika ditemui di Pusat Dearah Mengundi (PDM) Pimping, di sini, pada Ahad.
BACA: PRK Kimanis: Warisan didakwa beri "sumbangan" pada hari pertama kempen
Barisan Nasional (BN) dijangka membuat laporan polis berhubung perkara tersebut hari ini, namun sumber memaklumkan akan ditangguh pada Isnin.
Mengulas mengenai perkara itu, Karim berkata, mana-mana pihak dan individu mempunyai hak untuk membuat laporan polis.
“Begini, itu (laporan polis) adalah hak mereka, dan hak tuan (wartawan) juga kalau mahu membuat laporan polis. Tiada siapa boleh halang anda,” ujarnya.
Terdahulu, calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mohamad Alamin berkata, sekiranya siasatan mendapati bahawa Warisan memberikan sumbangan ketika kempen bermula, pihaknya tidak teragak-agak untuk membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Topic Berkaitan
#Karim Bujang
#Kimanis Memilih
#pilihan raya kecil
#PRK Kimanis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan