awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
Roket Starship 36 meletup semasa ujian
DUNIA
Australia gantung operasi Kedutaan di Tehran susulan krisis keselamatan
SUKAN
Skuad wanita negara dominasi separuh akhir Kejohanan Skuasy Individu Asia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NATIONAL

Sumbangan politik melalui Rosmah tanda terima kasih kepada Najib - Saksi

Firdaus Azil
Firdaus Azil
18/08/2020
08:43 MYT
Sumbangan politik melalui Rosmah tanda terima kasih kepada Najib - Saksi
Saidi berkata, beliau akhirnya membuat keputusan mendapatkan bantuan Najib, dan bekas Presiden UMNO itu telah menghantar nota persetujuan kepada Mahdzir untuk melaksanakan projek solar hibrid itu.
Bekas Pengarah Urusan Jepak Holdings, Saidi Abang Samsudin memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini beliau berhasrat untuk menyampaikan sumbangan politik kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai tanda penghargaan meluluskan projek solar hibrid di Sarawak.
Saksi ke-17 pendakwaan itu berkata, bagaimanapun memandangkan Najib ketika itu terlalu sibuk, maka beliau dan rakan perniagaannya Rayyan Radzwill Abdullah mengambil keputusan menyampaikan sumbangan itu melalui Datin Seri Rosmah Mansor.
Ketika disoal-balas ketua pihak pembelaan Datuk Abderdin Abdul Kader di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan, Saidi berkata, sumbangan itu bertujuan untuk mengukuhkan UMNO dan Barisan Nasional.
Memberi keterangan lanjut, saksi itu berkata, pada pertengahan 2015, beliau telah cuba bertemu dengan Menteri Pendidikan ketika itu iaitu Datuk Seri Mahdzir Khalid, berhubung projek berkenaan, namun gagal.
Susulan itu, Saidi berkata, beliau akhirnya membuat keputusan mendapatkan bantuan Najib, dan bekas Presiden UMNO itu telah menghantar nota persetujuan kepada Mahdzir untuk melaksanakan projek solar hibrid itu.
Bagaimanapun, saksi itu mendakwa, Mahdzir sengaja melengah-lengahkan Surat Tawaran (LOA), sehingga memaksa beliau memohon pertolongan daripada Rosmah pula.
Dalam pertemuan pertama antara beliau dan Rayyan, dengan Rosmah dan Pegawai Khasnya, Datuk Rizal Mansor di kediaman Langgak Duta, Kuala Lumpur antara Januari dan Februari 2016, Saidi berkata, beliau telah menawarkan 10 peratus daripada nilai keseluruhan projek (RM1.25 bilion) sebagai sumbangan politik.
Pada petang hari yang sama, Saidi mendakwa, Rizal telah memaklumkan bahawa Rosmah minta agar nilai sumbangan itu dinaikkan daripada 10 peratus kepada 15 peratus.
Rosmah, 68, berdepan satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima suapan RM6.5 juta, daripada Saidi.
Suapan itu didakwa diterima menerusi Rizal sebagai upah membantu Jepak Holdings mendapatkan Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid, serta Penyelenggaraan dan Operasi Genset/Diesel bagi 369 sekolah luar bandar Sarawak, bernilai RM1.25 bilion secara rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan (KPM).
Perbuatan itu didakwa dilakukan di Lygon Cafe, Sunway Putra Mall, Jalan Putra, di sini; kediamannya di Jalan Langgak Duta, Taman Duta dan di Seri Perdana, Persiaran Seri Perdana, Presint 10, Putrajaya antara Januari 2016 dan 7 Sept 2017.
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#Jepak Holdings
#Kementerian Pendidikan
#Mahdzir Khalid
#mahkamah
#Najib Razak
#politik
#projek solar hibrid
#Rosmah Mansor
#Saidi Abang Samsudin
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami