awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sumbangan vaksin: Malaysia zahir penghargaan kepada Jepun

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
01/07/2021
11:13 MYT
Sumbangan vaksin: Malaysia zahir penghargaan kepada Jepun
KHAIRY: Vaksin ini akan dimanfaatkan secepat mungkin, dan ini bukti kepada hubungan dan persahabatan yang terjalin antara kerajaan Malaysia dan Jepun sejak sekian lama. - Bernama
SEPANG: Malaysia menzahirkan penghargaan kepada kerajaan Jepun atas sumbangan satu juta dos bekalan vaksin AstraZeneca yang diterima hari ini.
Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin berkata, sumbangan tersebut membantu negara memerangi pandemik COVID-19 dan memperhebatkan lagi PICK.
“Menteri Luar, (Datuk Seri) Hishammuddin dan saya mewakili kerajaan Malaysia dan rakyat negara ini, bersama-sama Duta Jepun ke Malaysia, Hiroshi Oka telah menyambut vaksin ini di KLIA.
“Vaksin ini akan dimanfaatkan secepat mungkin, dan ini bukti kepada hubungan dan persahabatan yang terjalin antara kerajaan Malaysia dan Jepun sejak sekian lama,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Bekalan vaksin AstraZeneca yang diterima hari ini dihasilkan oleh syarikat Daiichi Sankyo Biotech di Saitama, Jepun dan telah diluluskan oleh Pharmaceuticals and Medical Devices Agency (PMDA), yang merupakan agensi di bawah Kementerian Kesihatan Jepun.
Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) dalam kenyataan berasingan memaklumkan, Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) akan membuat penilaian untuk mendapatkan kelulusan Lot Release bagi penggunaan vaksin tersebut.
Sementara itu, Oka berkata, sumbangan satu juta dos vaksin itu adalah sebagai 'token' sempena ulang tahun ke-65 hubungan diplomatik kedua-dua negara, yang akan diraikan pada tahun depan.
Selain Malaysia, Jepun turut menyumbangkan bekalan vaksin sama kepada Vietnam dan beberapa negara Asia Tenggara lain seperti Thailand, Indonesia, Filipina serta beberapa negara Asia Barat.
Topic Berkaitan
#vaksin
#Malaysia
#Jepun
#AstraZeneca
#PICK
#COVID-19
#Khairy Jamaluddin
#pandemik
#Hiroshi Oka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan