Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam melancarkan Sumbangan Veteran Tidak Berpencen (STB1M) pada majlis makan malam Kempen Rayuan Hari Pahlawan ke-52 di Sibu.
Bercakap pada majlis itu, beliau berkata kerajaan bersetuju memberi sumbangan sebanyak RM1,000 secara sekaligus kepada 234,500 veteran ATM terdiri daripada pegawai dan lain-lain pangkat seluruh negara.
"STB1M yang akan dibayar mulai Januari 2013 akan melibatkan peruntukkan kewangan sebanyak RM234.5 juta.
Kos ini akan ditanggung bersama oleh kerajaan dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera(LTAT)" katanya.
Penerima atau veteran ini adalah mereka yang berkhidmat kurang daripada 21 tahun yang bersara awal dan tidak berpencen, yang telah dibersarakan atau menamatkan perkhidmatan secara terhormat tanpa mengira tarikh mula berkhidmat, sementara tarikh tamat tempoh perkhidmatan adalah pada atau sebelum 31 Dis 2012
"Mereka yang layak adalah daripada angkatan tetap ATM, angkatan sukarela yang dikerah sepenuh masa oleh ATM tanpa mengira tempoh perkhidmatan, daripada Force 136, tentera British yang berkhidmat di Malaya/Malaysia atau Singapura dan daripada Sarawak Rangers," katanya.
Sumbangan ini, yang merupakan rentetan daripada pembentangan Belanjawan 2013, bagaimanapun tidak dipanjangkan kepada balu, duda atau tanggungan, kata Zahid.
Beliau berkata bakal penerima boleh mendapatkan borang STB1M di semua pejabat Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV) seluruh negara mulai 1 Nov 2012.
"Borang ini juga boleh didapati di 78 buah Pusat Sehenti yang terdiri daripada kem/unit tentera terpilih di seluruh negara atau dimuat turun melalui laman sesawang JHEV iaitu www.jhev.gov.my
"Semua persatuan/pertubuhan/kelab bekas tentera di seluruh negara turut akan dibekalkan dengan borang ini yang mesti dikembalikan bersama dokumen yang diperlukan ke mana-mana pejabat JHEV atau Pusat Sehenti sebelum 30 Nov 2012," katanya.
Pada majlis makan malam itu sebanyak RM133,000 berjaya dikutip daripada para dermawan yang hadir bagi menambah kutipan sebelumnya sebanyak RM130,000.
Zahid menghulurkan sebanyak RM25,000, sementara anggota Parlimen kawasan Lanang Datuk Tiong Thai King menghulurkan RM38,000 bagi tujuan persatuan negeri ini membeli bangunannya sendiri.
Thomas Ling Kui Eng, naib presiden Persatuan Bekas Tentera Laut Diraja Malaysia Kebangsaan dan juga Yang Dipertua cawangannya di Sarawak merangkap presiden Persatuan Veteran Tentera Malaysia Negeri Sarawak, menjadi hos majlis.
Bernama
Tue Oct 30 2012
Nahas helikopter: JKM Perak beri bantuan kaunseling kepada keluarga mangsa
Salbiah berkata pihak JKM telah melawat tiga keluarga mangsa dari Perak iaitu di Selama, Lekir dan Sitiawan.
[LAPOR LANGSUNG] Gaza Freedom Flotilla: Misi melalui perairan antarabangsa, bukan Israel
Peguam, Huwaida Arraf memaklumkan misi ini akan melalui perairan antarabangsa sebelum memasuki kawasan perairan Palestin.
Freedom Flotilla to Gaza: Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Penyertaannya dalam misi ini bagi sama-sama menyokong misi memecah sekatan rejim Israel bagi membolehkan penghantaran bantuan ke Gaza.
Lapan mangsa tragedi helikopter TLDM terhempas selamat dikebumi
Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan kesedihan ahli keluarga dan waris yang mengiringi perjalanan terakhir mangsa.
[LAPOR LANGSUNG] Nahas helikopter Lumut: Lapan mangsa selamat dikebumi
Suasana sedih dan pilu menyelubungi majlis pengebumian lapan daripada 10 jenazah mangsa nahas berkenaan.
Nahas helikopter: Pulau Pinang sedia bantu keluarga Muhammad Firdaus
Chow tidak memperinci bentuk bantuan yang bakal disalur namun memberitahu akan melawat keluarga Allahyarham di Pantai Jerejak hari ini.
Hujan sambut ketibaan jasad Joanna di kampung halaman
Jasad mendiang yang tiba dalam suasana rintis syahdu hujan disambut dengan istiadat ketenteraan oleh 27 pegawai dan 80 lain-lain anggota.
Amalan pemakanan tidak sihat, kurang aktiviti fizikal punca utama obesiti - Dr Dzulkefly
Amalan pemakanan yang tidak sihat dan kurang aktiviti fizikal merupakan komponen utama yang menyumbang kepada masalah obesiti, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Tangisan anak bongsu iringi pengebumian Komander Amir
Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di kampung halamannya itu tepat pada jam 12.30 malam.
Tingkat jumlah pelajar antarabangsa: KPT rangka langkah permudah prosedur imigresen
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang merangka langkah untuk mempermudahkan prosedur imigresen dalam usaha meningkatkan bilangan pelajar antarabangsa ke Malaysia.
ATM wajar kaji penglibatan Askar Wataniah dalam operasi teras - Raja Muda Perlis
ATM wajar mengkaji dsemula segala seksyen sedia ada bagi membolehkan penglibatan pasukan simpanan tentera darat dalam operasi teras.
MINDEF perkenal dua program pendidikan untuk warga ATM, ahli keluarga
Kerajaan juga telah bersetuju memperuntukkan sebanyak RM15 juta bagi tujuan penyelenggaraan dan naik taraf sekolah-sekolah angkatan tentera.
Maktab Tentera Diraja (RMC) bukan institusi 'biasa-biasa' - Khaled Nordin
Penubuhan Maktab Tentera Diraja (MTD) atau RMC merupakan satu agenda nasional yang penting yang bakal menyertai ketumbukan pertahanan negara.
Veteran ATM di Sabah boleh mohon Rumah Mesra SMJ
Anggota veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Sabah yang tidak mempunyai kemampuan memiliki atau membina rumah sendiri boleh memohon Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ).
Siasatan salah guna kuasa pegawai ATM, semua faktor akan diteliti - Adly
Kementerian Pertahanan memberi jaminan akan melihat semua faktor termasuk pengasingan kuasa agar siasatan berkaitan salah guna kuasa oleh ATM dilakukan dengan lebih terbuka.
Tular: ATM sahkan terima laporan dakwaan salah guna kuasa, kekerasan pegawai kanan
TDM mengesahkan telah menerima laporan berhubung dakwaan salah guna kuasa dan menggunakan kekerasan oleh seorang pegawai kanan TDM di Sarawak.
Veteran ATM terus disantuni menerusi PPV
Veteran ATM terus disantuni menerusi siri Program Peduli Veteran yang memfokuskan aspek kebajikan veteran dan keluarga.
Polis Perak berkas suspek terlibat 20 kes samun di ATM
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata lelaki warga tempatan berusia 39 tahun itu kini direman bagi membantu siasatan.
Balu pesara tentera bersyukur impian miliki rumah tercapai
Seorang balu kepada pesara tentera terharu dan menzahirkan rasa syukur apabila impiannya untuk memiliki rumah baharu tercapai selepas lebih 25 tahun menumpang di rumah mentuanya.
ATM pastikan kawalan sempadan negara tahap tertinggi - Mohamed Khaled
ATM konsisten dalam memastikan sempadan negara dikawal pada tahap tertinggi demi mengekalkan kedaulatan negara.