awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sungai Golok kering, jalan kaki sahaja ke Thailand

Sinar Harian
Sinar Harian
24/03/2024
05:21 MYT
Sungai Golok kering, jalan kaki sahaja ke Thailand
Tinjauan mendapati paras air Sungai Golok mulai kering sejak dua minggu lalu akibat kemarau sekali gus menyaksikan beting pasir mulai timbul. - Foto Sinar Harian
RANTAU PANJANG: Musim kemarau ketika ini menyebabkan Sungai Golok yang menjadi pemisah antara Malaysia-Thailand di Kelantan mulai kering.
Tinjauan Sinar Harian mendapati paras air sungai itu mulai kering sejak dua minggu lalu akibat kemarau sekali gus menyaksikan beting pasir mulai timbul.
Antara kawasan terlibat ialah Kampung Chabang Tiga Bagus, Lubok Gong, Lubok Stol dan sekitar Bukit Lata.
Situasi itu menyebabkan penduduk setempat hanya perlu berjalan kaki untuk ke Thailand berbanding menggunakan bot sebelum ini.
Seorang penduduk, Muhammad Zailani Che Awang, 48, berkata, paras air Sungai Golok dilihat surut sejak dua minggu lalu apabila beting pasir mulai timbul.
"Ini merupakan perkara biasa setiap kali tibanya musim kemarau panjang apabila paras air Sungai Golok menurun dari 5 kepada 3.68 meter.
"Namun kali ini, air sungai kering ketika umat Islam menyambut Ramadan," katanya kepada pemberita pada Ahad.
Menurut beliau, situasi itu menyebabkan pesta bermain air Sungai Golok tidak dapat dilakukan pada tahun ini.
Ujarnya, jika hari biasa kawasan tersebut menjadi tarikan orang ramai yang mengambil kesempatan bermain air disebabkan ia cetek.
Seorang lagi penduduk Nasran Nasuha, 26, berkata, jika cuaca panas berterusan berkemungkinan lebih banyak lagi kawasan akan menjadi kering.
Menurutnya, ketika ini beting pasir di dasar sungai sudah dapat dilihat secara melalui mata kasar.
"Bagaimanapun, saya harap kemarau ini tidak berpanjangan," katanya.
Bagi Mat Lazim, 60, keadaan itu sebenarnya boleh menyebabkan sempadan negara mudah dibolosi.
Menurutnya, melihat keadaan sekarang orang ramai hanya berjalan kaki sahaja tanpa perlu menaiki bot.
"Ini memudahkan aktiviti penyeludupan dilakukan.
"Bagaimanapun kehadiran pihak berkuasa dapat membanteras aktiviti tersebut," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Sungai Golok
#kemarau
#malaysia-thailand
#air sungai kering
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan