KEMAMAN: Pencemaran sungai di Kampung Pengkalan Ranggon, Kemaman mengakibatkan pelbagai spesies ikan dan udang mati dipercayai akibat keracunan.
Sehubungan itu penduduk kampung terutama nelayan sungai di kawasan itu meminta pihak berwajib mengatasi masalah yang dihadapi sejak seminggu lalu.
Menurut nelayan Adam Abdullah, pencemaran dipercayai akibat sisa buangan dari kawasan perindustrian, menyebabkan air sungai menjadi warna hitam dan berbau busuk.
"Memang terjejas teruk, kalau dulu kita dapat menahan taut ikan sehingga RM300 sehari, sekarang hanya dapat RM80 dalam seminggu," katanya.
Bagi Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Pengkalan Ranggon, Mohamad Abdullah, keadaan ini menjadi masalah kepada penduduk, yang kebanyakannya nelayan, mencari rezeki.
"Yang menjadi masalahnya nelayan tempatan, nelayan yang mencari sumber pendapatan di kampung ini.
"Mengikut laporan Jabatan Alam Sekitar (JAS), keadaan berpunca daripada air tiada oksigen. Jadi saya pun tidak tahu sumber dari mana.
"Kita harap kerajaan atau pihak berkuasa ambil cakna sebab inilah sumber pendapatan orang kampung," katanya.
Menurut Mohamad, situasi sama pernah berlaku pada 2015 dan ia kembali berulang pada tahun ini.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik Saiful Azmi Suhaili ketika dihubungi berkata, siasatan terperinci perlu dijalankan oleh pihak berwajib bagi mengenal pasti punca pencemaran.
Menurut Saiful, setakat ini sampel air dari Sungai Ranggon telah diambil pihak JAS dan berharap tindakan tegas dikenakan ke atas individu atau syarikat yang terlibat.
Nur Fazlizai Ali
Sat Jan 15 2022
Keadaan Sungai Ranggon yang bertukar menjadi warna hitam dan berbau busuk sejak seminggu lalu. - Astro AWANI
PRK Kuala Kubu Baharu: Kelayakan akademik bukan isu calon PN - Pas
Kempen PN sempena PRK Kuala Kubu Baharu tidak akan terjejas berikutan isu yang mengaitkan kelayakan akademik calonnya, Khairul Azhari Saut.
Peniaga nasi kukus raih jualan RM14,000 sebulan
Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) mampu merubah graf pendapatan bulanan peserta apabila meningkatkan hasil jualan.
Piala Uber: Malaysia tewas kepada Taiwan
Malaysia memulakan kempen Kumpulan B Piala Uber 2024 mereka dengan langkah kiri apabila tewas 1-4 kepada Taiwan, di sini hari ini.
Imigresen tahan dalang warga Indonesia, jual produk kosmetik tanpa kelulusan KKM
Jabatan Imigresen menahan seorang wanita warga Indonesia berusia 50 tahun disyaki menjadi dalang penjualan produk kosmetik dan kecantikan yang tidak mendapat kelulusan KKM.
Sheriff: 9 hari tayangan, kaut RM28 juta!
Filem arahan Syafiq Yusof, Sheriff: Narko Intergriti kini meraih kutipan sebanyak RM28 juta dalam 9 hari tayangan.
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
KidDin bergabung jawab segala isu Konsert Search 'Gemuruh'
KONSERT Search 'Gemuruh' nampaknya semakin diperkatakan disebabkan beberapa isu yang ditimbulkan sehari dua ini.
Penunjuk perasaan Palestin tempelak wartawan AS
Mereka menuduh wartawan A.S sembunyikan dan berikan gambaran salah mengenai perang di Gaza.
Lawatan ke Riyadh: Blinken melawat Arab Saudi esok
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken akan melawat Arab Saudi pada Isnin untuk bertemu dengan rakan serantau dan membincangkan usaha mencapai gencatan senjata di Gaza dan pembebasan tebusan Israel.
Iraq lulus akta penjara maksimum 15 tahun
Parlimen Iraq meluluskan undang-undang yang menjenayahkan hubungan sejenis dengan hukuman penjara maksimum 15 tahun pada Sabtu.
Dasar di peringkat PBT paling berkesan tangani isu pencemaran - Pakar Hospital Pantai
Dasar yang diperkenalkan di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) adalah paling berkesan untuk menangani isu pencemaran.
Penganjur rumah terbuka diminta cermat urus sisa buangan - LUAS
Antaranya, penganjur boleh memastikan sisa makanan dan sampah pepejal dikumpul dan dibuang ke tempat pelupusan sampah untuk dilupuskan.
Tingkat kesedaran jaga kualiti air - TPM Fadillah
Beliau berkata kualiti air juga dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti pencemaran industri, pertanian, pembangunan bandar, dan aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh manusia.
2% sampah di lautan berasal dari sungai di Guatemala
Sungai Las Vacas terdiri daripada kira-kira 60 peratus kumbahan dan sampah sarap bandar raya Guatemala.
Bangkok diselubungi asap, pekerja bekerja dari rumah
Bangkok disebungi asap tidak sihat dengan zarah PM2.5 melonjak melepasi paras selamat pada 50 ug/m3, mencetuskan kebimbangan kesihatan awam.
Penduduk Taman Wangi desak tindakan segera pencemaran Sungai Ketil
Penduduk mendakwa masalah air bertukar hitam ini sudah banyak kali berlaku terutamanya ketika waktu hujung minggu atau cuti.
Pulau Pinang kuat kuasa semula dasar pengasingan sisa di punca
Dasar itu pernah dikuatkuasakan selama tiga tahun bermula 2017, namun terhenti disebabkan COVID-19 pada 2020.
Tiga bandar India antara 10 lokasi paling tercemar di dunia
Dua bandar raya India menyertai New Delhi untuk menjadi antara 10 lokasi paling tercemar di dunia.
Bungkusan Coca-Cola, McDonald's, PepsiCo sumber pencemaran terburuk di UK
Semakan Audit mendapati 12 syarikat bertanggungjawab terhadap lebih dua pertiga pencemaran sisa berjenama yang dikutip sepanjang tahun.
Kualiti air Sungai Klang bertambah baik, jumlah sampah dikeluarkan catat penurunan
Kualiti air Sungai Klang yang sebelum ini di kelas empat dan lima, kini mencapai kelas tiga serta mencecah kelas pertama pada musim hujan.