IPOH: Hujan lebat berterusan sejak jam 5 petang menyebabkan beberapa kawasan di Sungai Siput dan Taiping dilanda banjir kilat pada Ahad.

Antara kawasan terjejas adalah di Taman Lintang Makmur, Simpang 3 Taman Muhibbah Jaya, Kampung Bahagia dan Taman Kledang Fasa 2 di Sungai Siput.

Manakala di Taiping melibatkan Kampung Batu 2 1/2 Simpang dan Simpang Halt Kampung Sentosa.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak memaklumkan, laporan kedua-dua kejadian diterima pada jam 8.15 malam dan 9.02 malam.

Menurutnya, pemantauan di lokasi terlibat mendapati, paras air naik mendadak setinggi antara 0.3 hingga 0.6 meter.

Bagaimanapun katanya, tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka dan tiada pemindahan mangsa dilakukan setakat ini.

"Kejadian berlaku akibat hujan lebat pada sebelah petang.


Artikel asal di Sinar Harian