GADGETS
Superkomputer terpantas dunia 'El Capitan' kini boleh ramal tsunami dalam 0.2 saat

Penyelidik di Lawrence Livermore National Laboratory membangunkan sistem ramalan tsunami masa nyata menggunakan superkomputer El Capitan. -Amanz
TSUNAMI Laut Hindi tahun 2024 menyebabkan kerosakan mega di Acheh, dan Thailand serta mengorbankan lebih 200,000 nyawa.
Ringkasan AI
- Tsunami Laut Hindi 2024 mengorbankan lebih 200,000 nyawa dan menunjukkan kelemahan dalam ramalan awal pergerakan ombak.
- Penyelidik di Lawrence Livermore National Laboratory membangunkan sistem ramalan tsunami masa nyata menggunakan superkomputer El Capitan.
- Sistem ini memproses data tekanan dasar laut dalam 0.2 saat, membolehkan amaran awal dan tindakan kecemasan lebih pantas melalui kembar digital tsunami.
Penyelidik dari Lawrence Livermore National Laboratory (LLNL) kini mengumumkan kejayaan membangunkan sistem ramalan tsunami secara masa nyata yang bukan sahaja lebih tepat tetapi juga melakukannya dengan amat pantas.
Kuasa superkomputer terpantas dunia El Capitan digunakan untuk melakukan kira-kira Bayesian songsang dengan lebih 1 bilion parameter dalam masa 0.2 saat sahaja.
Kerana kuasa El Capitan yang tinggi, ramalan ombak tsunami 10 bilion kali ganda lebih pantas berbanding kemampuan terdahulu.
Data daripada sensor-sensor tekanan dasar laut yang dikumpul secara masa nyata akan diproses El Capitan dengan pantas membolehkan kawasan yang diramalkan dilanda tsunami dapat dikosongkan lebih awal.
Dengan kata lain El Capitan membolehkan sebuah kembar digital tsunami dihasilkan yang kemudiannya dijejak oleh pihak berkuasa sebelum pelan tindakan kecemasan diaktifkan. -Amanz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami