awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Zohran Mamdani ikrar perangi Islamofobia, rasisme terhadap rakyat Palestin
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Superman' jalan raya diberkas polis

Astro Awani
Astro Awani
09/01/2022
10:17 MYT
'Superman' jalan raya diberkas polis
Dua daripada penunggang motosikal yang ditahan dalam Op Samseng Jalanan yang bermula pukul 12 tengah malam sehingga 5 pagi Sabtu di Jalan Tengah Bayan Baru - Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, Pulau Pinang malam tadi. - Gambar ihsan PDRM
BAYAN LEPAS: Padah beraksi ala ‘Superman’ di atas jalan raya, lima samseng jalanan ditahan selepas menunggang secara berbahaya di Jalan Tengah Bayan Baru - Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu di sini.
Kesemua penunggang motosikal terbabit ditahan dalam Op Samseng Jalanan yang bermula pukul 12 tengah malam sehingga 5 pagi Sabtu
Menurut kenyataan yang dikeluarkan di Facebook Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya, penunggang motosikal berkenaan melakukan aksi lagak ngeri menunggang motosikal secara zig zag dan beraksi 'Superman' yang jelas berbahaya kepada diri mereka dan pengguna jalan raya yang lain.
"Lima lelaki telah ditahan di bawah sek 42 APJ 1987 dan sebuah motosikal disita manakala sebanyak 22 keping saman dikeluarkan atas lain-lain kesalahan," kata kenyataan tersebut.
Kesemua mereka yang melakukan aksi menunggang secara berbahaya serta melulu dibawa ke Balai Trafik Bayan Lepas dan motosikal mereka juga disita untuk tindakan selanjutnya.
Jelas kenyataan tersebut, polis akan sentiasa memantau aktiviti samseng jalanan setiap masa terutama pada hujung minggu bagi mengekang aktiviti samseng jalanan.
Topic Berkaitan
#samseng jalanan
#Superman jalan raya
#Op Samseng Jalanan
#Jalan Tengah Bayan Baru - Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan