awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki hilang dipercayai dibaham buaya di Kinabatangan
Polis tahan lelaki curi barang kemas bernilai lebih RM150,000 di pusat beli-belah
Kluster tibi: KPM patuh saranan KKM, keadaan terkawal setakat ini - Fadhlina
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suplemen baik untuk kesihatan?

Kohilah Sekaran
Kohilah Sekaran
25/09/2018
11:10 MYT
Suplemen baik untuk kesihatan?
Ramai individu kini mengambil makanan tambahan untuk penjagaan kesihatan berdasarkan diagnosis sendiri tanpa mendapatkan khidmat pakar terlebih dahulu.
PENGAMBILAN suplemen bukan perkara baharu, malah ia menjadi rutin kehidupan rakyat Malaysia sejak sekian lama.
Namun, ramai individu yang memilih mengambil makanan tambahan untuk penjagaan kesihatan berdasarkan diagnosis sendiri tanpa mendapatkan khidmat pakar terlebih dahulu.
Nak kulit cerah? Beli suplemen.
Nak kurus? Beli suplemen.
Nak ubati penyakit kencing manis? Beli suplemen.
Fenomena ini juga mengundang penjualan pelbagai suplemen di dalam talian yang tidak mempunyai pengesahan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Tahukah anda bukan semua suplemen yang dijual membawa kebaikan kepada kesihatan, malah ada di antaranya boleh membawa maut?
Hari ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengeluarkan notis larangan penjualan tiga jenis suplemen – Jus Al Sunnah, Jus Al Sunnah Gold dan Jus Penawar – keluaran syarikat Sri Saga Marketing Sdn Bhd.
BACA: Awas! Jus Al Sunnah, Jus Al Sunnah Gold dan Jus Penawar boleh bawa maut
Hal ini kerana KKM mendapati produk-produk berkenaan mengandungi steroid terlarang di bawah Akta Makanan yang hanya digunakan untuk rawatan masalah pembengkakan dan radang yang serius.
Persoalannya, mengapa pengguna yang memberi kepentingan kepada kesihatan gagal memilih produk yang sihat?
Malah, ramai membeli berdasarkan testimoni pembeli semata-mata tanpa bukti saintifik yang kukuh.
Apakah pendapat anda berkenaan isu ini? Kongsikan pandangan anda di bawah.
Topic Berkaitan
#Jus Al Sunnah
#Jus Penawar
#Kementerian Kesihatan
#KKM
#maut
#meninggal dunia
#pendapat
#suplemen
#supplement
#ubat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan