awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Surat Istana' bocor, Pemuda Pas akan buat laporan polis

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
01/08/2021
02:46 MYT
'Surat Istana' bocor, Pemuda Pas akan buat laporan polis
Ahmad Fadhli Shaari berkata pembocoran surat tersebut telah menggugat kestabilan dan keharmonian negara. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda Pas akan melaporkan kepada polis berhubung penyebaran surat didakwa sebagai surat Yang di-Pertuan Agong kepada Perdana Menteri bertarikh 29 Julai lalu.
Menurut Timbalan Dewan Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari, pembocoran surat tersebut telah menggugat kestabilan dan keharmonian negara.
"Surat tersebut, jika benar wujud, tentunya merupakan surat rahsia dan terhad yang sepatutnya hanya untuk dibaca oleh penerimanya sahaja iaitu Perdana Menteri.
"Tindakan menyebarkan surat tersebut kepada umum, yang dimuat naik oleh sebahagian pimpinan Pembangkang adalah suatu perkara yang bercanggah dengan Akta Rahsia Rasmi.
"Sedangkan Istana Negara telah mengeluarkan kenyataan media umum yang disiarkan melalui laman Facebook rasmi Istana Negara untuk bacaan awam dan penyebarannya adalah suatu tindakan tidak beretika," katanya dalam satu kenyataan, pada Ahad.
Beberapa hari lalu, tular di media sosial berkaitan dengan surat didakwa dihantar oleh Istana Negara kepada Perdana Menteri berhubung isu pembatalan Ordinan Darurat.
Mengulas lanjut, Ahmad Fadhli yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, tindakan itu juga telah menimbulkan polemik dan kekecohan dalam kalangan masyarakat serta menampakkan seolah berlakunya krisis di antara Istana dan Eksekutif.
Katanya, seharusnya ruang diberikan kepada kedua-dua pihak untuk menyelesaikan isu ini berlandaskan undang-undang dan kerangka Perlembagaan Persekutuan dan bukan dimarakkan lagi pertembungan.
"Dewan Pemuda Pas Malaysia memandang serius perkara ini dan menggesa siasatan polis dibuat bagi mengenal pasti punca kebocoran surat ini untuk melihat sama ada wujudnya unsur khianat dan sabotaj dari penyebaran surat tersebut.
"Dalam tempoh pandemik, seharusnya semua pihak bersatu dan bersama menggembleng tenaga dalam memastikan penularan wabak dapat dikekang, bukan memarakkan api perpecahan dan pertelingkahan.
"Pemuda PAS mengecam sebarang usaha dan cubaan mewujudkan kekecohan dan ketidakstabilan politik dalam tempoh ini, semata demi memuaskan nafsu serakah politik dan Pemuda Pas mengajak agar semua rakyat bersatu dan fokus kepada menyelesaikan isu permasalahan rakyat dalam tempoh ini," ujarnya.
Sumber Facebook DPPMalaysia
Topic Berkaitan
#Facebook
#Pasir Mas
#PAS
#Yang di-Pertuan Agong
#Perdana Menteri
#undang-undang
#Parlimen
#Dewan Pemuda Pas
#Ahmad Fadhli Shaari
#Akta Rahsia Rasmi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan