Anina, menerusi akaun Facebooknya, memuat naik gambar surat itu dan menulis "Manusia yang telah membina bangunan berkembar tertinggi di dunia mengutus rasa bangga pada perjuangan kita semua."
Tun M menerusi surat tersebut menyatakan rasa sedih kepada Anina atas pemecatan keahlian UMNO beliau sambil memuji tindakan beraninya menyuarakan kebenaran berkaitan pemimpin tertinggi Malaysia.
“Saya berasa bangga atas tindakan berani saudari. Tidak ramai orang yang akan berani bercakap benar berkaitan pemimpin tertinggi kita kerana takut dituduh sebagai pengkhianat.
“Tetapi kebenaran haruslah dinyatakan atau yang tidak benar (penipuan) akan menjadi pegangan,” tulis Tun M dalam surat tersebut.
Tun M juga menasihati Anina untuk tidak berputus hati, malah teruskan tanggungjawabnya untuk memperjuangkan negara.
“Negara kita memerlukan rakyat seperti saudari,” Tun M mengakhiri surat beliau.
Gambar diperoleh dari Facebook Anina Saadudin