Surat Pemberitahuan yang dikeluarkan Konsulat Jenderal Republik Indonesia (KJRI) di Kota Kinabalu mengenai pergerakan kumpulan bersenjata dari selatan Filipina bertujuan memberi peringatan kepada kira-kira 300,000 warga Indonesia berdaftar di negeri Sabah, supaya berwaspada dan berhati-hati ketika berada di laut.
Kumpulan bersenjata dari selatan Filipina itu ada kaitan dengan penculikan untuk wang tebusan di pantai timur Sabah.
Konsul Jenderal Republik Indonesia di Kota Kinabalu, Krishna Djelani berkata peringatan itu penting bagi memastikan warga Indonesia khususnya yang bekerja di sektor perikanan sebagai nelayan dan kru kapal mengambil langkah keselamatan sekali gus tidak menjadi mangsa penculikan.
Ini kerana sejak dari 2000 hingga 2018, lebih 20 kes penculikan melibatkan warga Indonesia dengan mengorbankan hampir 40 orang, kata Krishna ketika ditemui Bernama di pejabatnya di sini, pada Selasa.
"Memang awalnya kami mendapat informasi bahawa ada pergerakan daripada kelompok bersenjata dari selatan Filipina yang ada kaitannya dengan penculikan untuk wang tebusan. Setiap informasi yang kami terima, kami perlu mengingatkan warganegara Indonesia sebagai antisipasi, jangan sampai mereka menjadi korban (penculikan).
"Itu sahaja tujuan kami (mengeluarkan surat pemberitahuan) kerana adalah lebih baik mengingatkan warga kami untuk berhati-hati dan informasi ini adalah sebagai amaran kerana mencegah itu lebih baik daripada mengubati," katanya.
Surat pemberitahuan yang tular sejak pagi Isnin itu menyatakan tiga kelompok kumpulan Abu Sayyaf dilaporkan melakukan pergerakan ke perairan di timur Sabah pada 30 Ogos lepas bertujuan melakukan penculikan dengan menyasarkan beberapa buah kapal iaitu Kapal Batubara, Kapal Tanker, Nelayan Kapal Lengkong dan Kapal Tarik Udang.
Dalam surat itu terdapat beberapa tempat atau wilayah dinyatakan yang akan menjadi sasaran iaitu Bakongan, Bahala, Sandakan, Mamiang, Tambisan dan Taganak.
Krishna berkata, surat pemberitahuan itu bukan perkara baharu kerana pihaknya sebelum ini pernah mengeluarkan surat seumpama itu melibatkan aspek lain termasuk keadaan cuaca tidak menentu dan ombak besar selain turut bertemu dengan warga Indonesia di Sabah seperti di Sandakan, Kudat, Tawau, Semporna dan Lahad Datu bagi mengingatkan mereka untuk sentiasa mengutamakan keselamatan.
Beliau turut mengingatkan para majikan dan pemilik kapal supaya tidak menugaskan warga Indonesia di perairan terbabit memandangkan terdapat majikan tidak mahu bertanggungjawab sekiranya pekerja mereka menjadi mangsa kes penculikan untuk wang tebusan.
Sementara itu, Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) Datuk Hazani Ghazali ketika dihubungi Bernama semalam berkata, sehingga kini tiada pergerakan penjenayah daripada Abu Sayyaf dikesan dan pihaknya akan terus berwaspada serta bersiap sedia dengan sebarang ancaman penjenayah khususnya kumpulan pengganas berkenaan di perairan Zon Selamat Timur Sabah.
ESSCom juga sedia maklum tentang surat yang tular itu dan telah menghubungi pasukan keselamatan Filipina bagi mengesan pergerakan kumpulan berkenaan, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 03 2019
Konsul Jenderal Republik Indonesia di Kota Kinabalu Krishna Djelani ketika ditemui Bernama pada Selasa. Foto: Bernama
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
Dua remaja perempuan berdepan detik cemas hampir diculik di Gerik
Dua remaja perempuan berusia 14 tahun menempuh detik cemas apabila hampir menjadi mangsa culik di Kampung Padang, Gerik dalam kejadian berasingan pada Isnin dan semalam.
Kanak-kanak dalam video tular bukan mangsa cubaan culik tapi mangsa amang seksual - Polis
ACP Wan Azlan berkata, siasatan mendapati kanak-kanak lelaki berumur 10 tahun itu mungkin mangsa amang seksual.
Orang ramai perlu telus, jujur buat laporan orang hilang - Polis
Pengadu perlu bersikap amanah dan bertanggungjawab terhadap aduan yang dikemukakan.
20 pelajar perubatan diculik di Nigeria
Pelajar-pelajar dari Universiti Jos diculik dan dijadikan tebusan oleh kumpulan bersenjata pada petang Khamis di Otukpo.
Kes larikan dua budak: Penjual pisang goreng tiba di mahkamah
Suspek berusia 32 tahun itu yang memakai baju lokap warna biru tiba menaiki trak polis pada jam 8.20 pagi.
Empat lelaki termasuk remaja bawah umur ditahan berkaitan kes culik
Polis menahan empat lelaki warga tempatan berumur dalam lingkungan 15 hingga 20 tahun berkaitan kes tiga remaja lelaki dilarikan sekumpulan lelaki dari sebuah pasar raya di Skudai di sini pada 15 Jun.
Polis tahan empat lelaki disyaki terlibat kes samun, cubaan culik
Anggota unit D9 IPK Johor dan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kulai melakukan serbuan kira-kira pukul 10.50 pagi hingga 4.50 petang.
Lebih 200 pelajar diculik di Nigeria, kes terbesar sejak 2021
Insiden penculikan ratusan murid di utara Nigeria disifatkan sebagai kes penculikan terbesar yang mensasarkan sebuah sekolah sejak 2021.
Tiga sahabat terlepas tali gantung, penjara 35 tahun kerana culik, bunuh ahli perniagaan
Seorang bekas kerani wanita dan dua rakannya terlepas tali gantung selepas Mahkamah Rayuan hari ini menggantikan hukuman mati mandatori itu kepada 35 tahun penjara.
Dakwaan cubaan culik di Pantai Kemayang hanya salah faham - Polis
Semua yang terlibat telah dipanggil ke Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok untuk siasatan.