KUALA TERENGGANU: Sebuah surau berusia lebih 100 tahun di Kampung Losong Hj Long di sini kini persis sebuah 'istana lama' selepas melalui proses baik pulih selama lebih setahun.
Mengekalkan konsep binaan rumah tradisional Terengganu, Surau Haji Wan Abdul Latif yang dinamakan sempena nama pengasasnya, Tuan Guru Haji Wan Abdul Latif Haji Wan Endut iaitu seorang ilmuan dan tokoh agama terkenal suatu ketika dahulu.
Pengerusi surau, Wan Mohd Azam Wan Long, 63, berkata, usaha itu direalisasikan oleh waris pengasas surau tersebut untuk dimanfaatkan bagi menghidupkan ibadah dan majlis ilmu sepanjang hari.
"Kita tiada niat untuk uar-uarkan kecantikan dan keunikan surau ini kerana tumpuan utama diberikan ialah untuk menghidupkan solat lima waktu secara berjemaah di surau berkenaan.
"Kita juga meletakkan sasaran lebih tinggi iaitu mahu ia diimarahkan dengan ibadah 24 jam sebagaimana zaman baginda Nabi Muhammad SAW dan para sahabat," katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini pada Jumaat.
Menurut Wan Mohd Azam, surau berkenaan terletak berdekatan dengan pusat pengajian tahfiz al-Quran untuk memberi manfaat kepada golongan pelajar dan penduduk kampung.
"Ada beberapa aktiviti di surau ini antaranya kita ada buat bacaan hadis berjemaah sekitar 30 minit setiap hari selepas solat Asar.
"Kita juga berhasrat mengadakan jamuan seminggu sekali untuk menarik orang datang ke surau ini di samping turut menziarahi penduduk-penduduk kampung di sini, " katanya.
Wan Mohd Azam memberitahu, terdapat kira-kira 200 buah keluarga yang tinggal di kawasan kampung itu dan ia mencukupi untuk memastikan surau tersebut sentiasa 'dihidupkan'.
"Kalau boleh setiap yang sudah akil baligh dapat solat berjemaah di surau kami ini terutama kepada penduduk di sekitar kampung ini," katanya.
Sementara itu, wakil Arkitek Punca Cipta, Mohd Solleh Saad berkata, surau berkeluasan 9.4 meter panjang dan 7.9 meter lebar itu boleh muatkan kira-kira 100 jemaah dalam satu-satu masa.
Katanya, pembinaan surau itu berkonsepkan rumah tradisional Terengganu daripada seni binaan Rumah Tele atau rumah bujang selasar berserambi.
"Antara keistimewaan surau ini, dinding janda berhias dan terdapat ukiran yang cantik. Tele itu sendiri bermaksud sesuatu yang luas.
"Material yang digunakan ialah 90 peratus kayu cengal baharu yang ditempah khas mengikut saiz manakala 30 peratus lagi menggunakan kayu lama yang masih elok.
"Berdasarkan ketahananan pula, kita jangka ia mampu bertahan 200 hingga 300 tahun akan datang jika ia tidak berlaku apa-apa yang boleh merosakkan struktur surau ini," ujarnya.
Menurut Mohd Solleh, pembinaan surau bermula tahun 2019 namun terpaksa ditangguhkan kerana penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika penularan pandemik COVID-19.
"Kerja-kerja pembinaan semula surau bermula pada September 2022 sehinggalah ia disiapkan dan dirasmikan pada 2 November lalu.
"Sekitar setahun dua bulan masa diambil untuk siapkan sepenuhnya surau ini.
"Antara cabaran pembinaan melibatkan material kayu yang digunakan kerana berasal dari surau lama yang telah beberapa kali diubah suai.
"Kita menggunakan lima hingga enam orang tukang daripada berlainan bidang kepakaran.
"Untuk struktur lain dan pembinaan dinding surau pula tukang yang lain," katanya.
Bagi memastikan keaslian seni bina surau itu terpelihara, Mohd Solleh berharap surau tersebut dapat dilindungi oleh agensi berkaitan bagi mengekalkan binaan asalnya.
"Jika tidak dijaga, kita khuatir terdapat penambahan atau apa-apa perubahan yang sekali gus akan mengubah bentuk asal surau ini pada masa akan datang," katanya.
Berdasarkan sejarah, Tuan Guru Haji Wan Abdul Latif merupakan ulama terkemuka suatu masa dahulu yang berasal dari Patani dan telah membuka pengajian secara pondok untuk meluaskan pengajian ilmu agama di kampung berkenaan.
Allahyarham dilahirkan sekitar 1837 dan meninggal dunia akhir 1800 atau awal 1900 serta makamnya terletak bersebelahan surau tersebut. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Dec 02 2023
Gambaran keseluruhan binaan Surau Haji Wan Latif yang dibaik pulih yang dianggarkan berusia lebih 200 tahun. - Gambar/ Sinar Harian
Kesuma percepat penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig, laporan interim Jun ini
Steven Sim berkata kajian sedang dilakukan dengan kerjasama Universiti Malaya (UM) sebelum laporan interim dijangka dibentangkan kepada Kabinet menjelang 1 Jun ini.
Malaysia tutup kempen Piala Uber dengan kemenangan 4-1 ke atas Australia
Malaysia mendahului dalam perlawanan pembukaan menerusi pemain perseorangan wanita profesional negara Goh Jin Wei yang menewaskan Tiffany Ho, 21-6, 21-12.
Impak gaji penjawat awam naik lebih 13 peratus
Ketua Ekonomi Buruh di Kementerian Sumber Manusia dan Emiratisasi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Dr Yusof Saari berkata kenaikan gaji penjawat awam bakal memberi impak positif kepada pemulihan ekonomi. #AWANInews
3 terbunuh serangan peluru berpandu Rusia
Serangan turut mengakibatkan kerosakan infrastruktur awam.
Rumah kosong di Jepun pecah rekod, 9 juta unit
Jumlah rumah kosong di Jepun meningkat kepada rekod baharu 9 juta setakat Oktober 2023, iaitu kenaikan sebanyak 510,000 daripada tinjauan sebelumnya yang dijalankan pada 2018.
Kenaikan gaji penjawat awam akan diperincikan semasa pembentangan Belanjawan 2025 - Fahmi
Fahmi Fadzil berkata kenaikan gaji melebihi 13 peratus itu membuktikan komitmen kerajaan kepada penjawat awam.
Australia peruntukan AUD1 bilion banteras keganasan domestik, seksual
Perdana Menteri Australian umumkan peruntukan AUD1 bilion tangani jenayah kegasanan domestik dan seksual yang disifatkan sebagai krisis nasional negara itu.
Puluhan kakitangan berhimpun di Universiti Stanford
Universiti Standford, California antara puluhan institusi yang menyertai protes menggesa menghentikan pembunuhan beramai-ramai terhadap Gaza akibat serangan Israel.
Polis masuk Universiti Columbia, tahan beberapa individu
Pada Selasa, pelajar Universiti Colombia berikrar meneruskan siri protes di kampus sebagai solidariti menyokong Palestin, sekali gus melawan usaha pihak universiti untuk menghentikan mereka.
Tempat kediaman tertinggi dunia akan dibina di Dubai
Ia akan memintas menara Central Park Tower di New York yang berketinggian 472 meter.
Surau lebih 100 tahun dibaik pulih demi hidupkan ibadah
Sebuah surau berusia lebih 100 tahun di Kampung Losong Hj Long di sini kini persis sebuah 'istana lama' selepas melalui proses baik pulih selama lebih setahun.