DUNGUN:Seorang suri rumah cedera dalam cubaan menghalang suaminya melarikan anak lelaki pasangan itu dalam kejadian pada Ahad.
Lapor Sinar Harian, kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu berlaku di Taman Sura Tengah di sini.
Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata ketika itu mangsa yang berusia 32 tahun berada di rumah bersama anak lelakinya berusia 14 bulan sebelum dikejutkan dengan kehadiran suaminya, 32.
Suaminya yang beralamat dari Negeri Sembilan tanpa bersoal jawab terus membawa anaknya itu masuk ke dalam keretanya sebelum memecut keluar dari kawasan rumah berkenaan.
"Bagaimanapun, mangsa cuba menghalang tindakan suaminya itu dengan mengetuk cermin pintu kereta tetapi tidak diendahkan.
"Akibat tindakan itu, mangsa terseret dan mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan. Kejadian itu berlaku di hadapan rumah mangsa dan turut disaksikan abangnya yang secara kebetulan berada di lokasi," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.
Baharudin berkata, pasangan itu kini dalam proses perceraian.
Suami mangsa berada di Dungun untuk menghadiri perbicaraan perceraian mereka di Mahkamah Syariah Dungun pada hari kejadian tetapi ditunda.
"Polis masih memburu suami mangsa dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan 18 (A) Akta Keganasan Rumah Tangga 1994," katanya lagi.
Astro Awani
Tue Feb 09 2021
Baharudin (gambar) berkata ketika itu mangsa berada di rumah bersama anak lelakinya sebelum dikejutkan dengan kehadiran suaminya. - Foto Sinar Harian
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Suri rumah cedera diseret, halang suami larikan anak
Seorang suri rumah cedera dalam cubaan menghalang suaminya melarikan anak lelaki pasangan itu dalam kejadian pada Ahad.