Seorang hakim Mahkamah Tinggi di sini berkata hukuman yang dijatuhkan kepada seorang suri rumah yang didakwa berkaitan kes keganasan Daish adalah bagi mengekang kegiatan itu yang diibaratkannya seperti gerakan subversif selepas komunis, yang jelas merupakan gerakan yang dibenci seluruh masyarakat.
Hakim Datuk Azman Abdullah berkata demikian dalam penghakimannya sebelum menjatuhkan hukuman penjara dua tahun terhadap Siti Nor Intan Shafinaz Johari, 27, selepas tertuduh mengaku bersalah memiliki lebih 100 gambar berkaitan kumpulan pengganas Daish, Mac lepas.
"Perkembangan subversif di Malaysia selepas komunis, (keganasan Daish) dapat dilihat, dibenci oleh seluruh masyarakat.
"Gerakan subversif merupakan sesuatu yang perlu ditangani kerana ia berselindung di sebalik agama. Ia merupakan satu ancaman yang membawa kepada kekejaman dan kucar-kacir sekiranya tidak dicantas," kata hakim itu.
Hakim Azman memerintahkan Siti Nor Intan Shafinaz menjalani hukuman penjara itu bermula dari tarikh dia ditangkap pada 22 Mac lalu.
Siti Nor Intan Shafinaz didakwa memiliki sebuah telefon bimbit jenama Lenovo yang di dalamnya terdapat 139 gambar yang merupakan item berkaitan kumpulan pengganas iaitu kumpulan pengganas Daesh.
Dia melakukan kesalahan itu di sebuah rumah beralamat No. 104, Kampung Ujung Tanjung, Kuala Perlis, Kangar, Perlis, pada 8.20 pagi, 22 Mac lepas.
Ibu kepada seorang anak itu didakwa mengikut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda dan boleh dilucut hak mana-mana item tersebut.
Berdasarkan fakta kes pada 22 Mac lepas, tertuduh ditahan sepasukan anggota polis di sebuah rumah dan hasil soal siasat, tertuduh menunjukkan tempat beliau meletakkan sebuah telefon bimbit di bawah bantal di sebuah bilik rumah tersebut.
Hasil analisa polis mendapati terdapat 139 gambar berkaitan kumpulan pengganas dan kegiatan keganasan.
Terdahulu peguam Farida Mohammad yang mewakili tertuduh memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan dengan alasan tempoh reman yang dilalui tertuduh yang mempunyai masalah kesihatan serta mempunyai seorang anak berusia lapan tahun, sudah cukup memberi kesedihan dan trauma kepadanya.
Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Mustaffa Kunyalam memohon mahkamah menjatuhkan hukuman pemenjaraan kerana pemilikan item pengganas juga adalah satu kesalahan serius yang memerlukan hukuman berat. - Bernama
Bernama
Wed Oct 19 2016
Ibu kepada seorang anak itu didakwa mengikut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun.
Harga RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 12 hingga 18 Dis ini.
Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
RUU itu diluluskan melalui undi belah bahagi dengan 77 Ahli Parlimen bersetuju, 55 tidak bersetuju serta 90 tidak hadir.
Proses ukur tanah hak adat bumiputera di Sarawak berbaki 13 peratus
Proses pengukuran tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Sarawak kini hampir selesai, dengan hanya sekitar 13 peratus daripada keseluruhan keluasan tanah yang dianggarkan masih belum disukat.
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif
Kerana kasih dan kerana sayang seorang ibu tunggal yang sudah mencecah usia 80 tahun terus cekal menjaga anak kurang upaya nya.
Sarawak tidak pinggir subjek BM, utamakan kelulusan
Kerajaan Sarawak tidak pernah meminggirkan kepentingan subjek Bahasa Melayu, malah mengutamakan kelulusan subjek tersebut sebagai syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi miliknya.
Sarawak sasar 609,000 pelancong Indonesia pada 2025
Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) menyasarkan ketibaan 609,000 pelancong dari Indonesia ke Sarawak pada tahun depan, didorong oleh daya tarikan gabungan unik budaya, pengembaraan, alam semula jadi, makanan, dan perayaan yang ditawarkan.
Tenaga kerja berkemahiran perlu ambil kira penguasaan AI
Penyediaan 500 ribu tenaga kerja Sarawak berkemahiran pada masa depan perlu mengambil kira kemampuan mereka untuk menguasai teknologi AI atau kecerdasan buatan.
DAP Sabah diberi mandat kaji kedudukan dalam kerajaan negeri
Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP memberi mandat penuh kepada pimpinan DAP Sabah untuk mengkaji semula kedudukan parti dalam pentadbiran kerajaan negeri itu, dan mengambil tindakan selanjutnya susulan isu rasuah membabitkan pemimpin di Sabah.
Jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah negara jiran
Rakyat Sabah dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan tawaran harga murah kenderaan mewah yang dipercayai kereta klon dari negara jiran Brunei Darussalam.
Jumlah mangsa banjir di PPS terus menurun di sebelah petang
Situasi banjir di semua negeri terlibat beransur pulih dengan jumlah mangsa menurun setakat 4 petang tadi.
Pasangan suami isteri mengaku bersalah miliki bahan berkaitan kumpulan Daish
Sepasang suami isteri hari ini mengaku bersalah di dua Mahkamah Tinggi atas pertuduhan memiliki bahan berkaitan kumpulan pengganas Daish pada Mei lepas.
Bicara kes operator kilang sokong kumpulan Daish bermula 12 Feb 2025
Muhammad Aabid didakwa menyimpan bahan letupan, memiliki sembilan video dan lima artikel berkaitan pengganas Daish, serta membuat bahan letupan sebagai persediaan untuk melakukan perbuatan pengganas.
Bapa penyerang Balai Polis Ulu Tiram didakwa sokong Daish, miliki senjata api
Radin Imran membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan semula di hadapan Hakim yang kemudiannya menetapkan 15 Nov ini untuk pengurusan kes.
Pengawal keselamatan didakwa miliki buku, lukisan bendera dan video Daish
Muhamad Norulaini Supardi, 33, hanya mengangguk tanda faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Mazuliana Abdul Rashid.
Daish: Mahkamah Persekutuan kekal hukuman penjara 10 tahun terhadap bekas penjual cendol
Panel hakim membuat keputusan sebulat suara selepas menolak rayuan akhir Nahzatulazran A. Rahman, 44, terhadap hukuman penjara itu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
1,000 orang dipindahkan selepas ancaman bom sasar Kompleks Sukan Jamsil, Seoul
Sebanyak 14 kenderaan dan 58 anggota polis dikerah memindahkan kira-kira 1,000 peserta yang sedang membuat persiapan bagi sambutan Seoul Festa.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Israel secara rahsia selaras serangan udara ke atas Syria, elak konflik dengan kempen AS - Laporan
Israel secara rahsia menyelaraskan serangan udara ke atas Syria bersama tentera AS, bertujuan mengelak operasinya bertembung dengan kempen AS menentang kumpulan pengganas Daish.
Ketua PBB prihatin dengan kematian orang awam dalam tindakan AS membunuh pemimpin Daish
Antonio Guterres berkata, siasatan adalah penting dalam kes menentukan pihak yang bertanggungjawab atas kematian akibat serangan.