NATIONAL
Suri rumah ditahan curi wang tabung surau

Suspek berusia 34 tahun dari Bukit Payong, Marang, ditahan bersama wang tabung sebanyak RM22. -Gambar hiasan/Pixabay
KUALA TERENGGANU: Seorang suri rumah yang aktif menjalankan kegiatan mencuri wang tabung Surau Kampung Padang di Jalan Gelong Bilal, Pasir Panjang di sini akhirnya berjaya ditangkap kira-kira 5 petang semalam.
Ringkasan AI
- Seorang suri rumah ditangkap ketika mencuri wang tabung surau di Kampung Padang, Pasir Panjang.
- Suspek berusia 34 tahun dari Bukit Payong, Marang, ditahan bersama wang tabung sebanyak RM22.
- Suspek direman empat hari hingga 1 Mei dan kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.
"Siasatan mendapati suspek sama dipercayai telah mencuri wang di surau berkenaan pada 21 April lepas. Pada waktu itu suspek memberi alasan ingin tumpang berehat tetapi setelah diperiksa wang tabung anggaran sekitar RM300 telah hilang.
"Suspek juga dipercayai mengulangi perbuatan itu pada 25 April tetapi dia berjaya melarikan diri selepas kegiatannya disedari oleh ibu kepada imam surau berkenaan," katanya dalam kenyataan hari ini.-- LAGI
Bagaimanapun, Azli berkata percubaan kali ketiga suspek akhirnya membawa padah apabila dia ditangkap bersama wang tabung sebanyak RM22.
Beliau berkata pemeriksaan mendapati surau berkenaan tidak berpagar dan tidak dilengkapi rakaman kamera litar tertutup (CCTV).
"Suspek direman empat hari hingga 1 Mei. Siasatan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan," katanya.-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami