SIBU: Seorang suri rumah di sebuah perkampungan nelayan di Igan, Bahagian Mukah dekat sini membuat laporan polis di Balai Polis Pusat Sibu semalam, selepas mengalami kerugian lebih RM87,000 yang termasuk wang simpanannya dalam Tabung Haji, apabila menjadi mangsa terbaru Macau Scam baru-baru ini.
Pemangku Ketua Polis Daerah Sibu Supt Collin Babat dalam kenyataan hari ini berkata, ia bermula apabila suri rumah berumur 50-an itu menerima panggilan daripada seorang wanita bernama 'Mastura' yang kononnya mendakwa nama suri rumah itu digunakan untuk membuat tuntutan insurans RM76,000.
Beliau berkata, suri rumah itu percaya kononnya bagi menangguhkan "waran tangkap" dan mengelak akaun dibekukan, dia diminta membuka akaun baharu di samping turut diminta menyerahkan maklumat mengenai akaun berkenaan serta akaun Tabung Hajinya.
Katanya, wanita itu kemudiannya diarahkan membuat lima transaksi tunai ke akaun berkenaan dari tempoh 13 Disember hingga 4 Januari lepas melibatkan jumlah keseluruhannya RM61,000.
Menurutnya wanita itu sedar ditipu hanya selepas membuat semakan baki di akaun bank berkenaan dan mendapati RM61,000 telah lesap, manakala wang RM26,138 dalam akaun Tabung Haji juga telah tiada.
Collin berkata kes sedang disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu, dan beliau turut menasihati orang ramai supaya tidak mudah terjebak dengan tipu helah apabila dihubungi orang tidak dikenali, yang mengaku kononnya pegawai polis, peguam, wakil insurans dan sebagainya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 18 2022
Wanita itu sedar ditipu hanya selepas membuat semakan baki di akaun bank berkenaan dan mendapati RM61,000 telah lesap, manakala wang RM26,138 dalam akaun Tabung Haji juga telah tiada.
Nahas helikopter Lumut: 'Tiga kali raptai sebelum terhempas' - Khaled
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kejadian terbabit menyebabkan 10 anggota TLDM yang berpangkalan di Lumut, Perak dan Kota Kinabalu, Sabah maut.
Apple dilapor hentikan pengeluaran aksesori FineWoven kerana isu kualiti
FineWoven menggantikan aksesori kulit yang dilihat sebagai tidak lestari dan oleh itu tidak selari dengan sasaran syarikat yang ingin mengurangkan impak ke atas alam sekitar.
Nahas helikopter Lumut: Laporan interim akan disediakan secepat mungkin - Khaled
Pihaknya bagaimanapun tidak menetapkan sebarang tempoh masa bagi penyediaan laporan itu.
Nahas helikopter: Agong zahir ucapan takziah, titah ATM jalankan siasatan terperinci
Sultan Ibrahim menzahirkan rasa sedih dan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga 10 mangsa nahas helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas di Pangkalan TLDM, Lumut, pagi tadi.
[LAPOR LANGSUNG] Nahas helikopter Lumut: 10 korban, dua helikopter bertembung
Seramai 10 orang maut dalam nahas dua buah helikopter milikTLDM terhempas di Pangkalan TLDM, Lumut, pagi ini.
Institusi pendidikan pondok perlu tambah nilai kemahiran vokasional, teknikal - Mohd Na'im
Institusi Pendidikan Pondok harus ditambah nilai melalui aspek kemahiran kendiri dalam bidang vokasional dan teknikal kepada para pelajar.
[TERKINI] Perkembangan helikopter terhempas di Lumut
Untuk memahami dari segi teknikal kita bersama;
Prof Madya Mejar Dr Mohd Harridon Suffian, Ketua Unit Penerbangan Mencari dan Menyelamat, Institut Teknologi Penerbangan UniKL
Prof Madya Mejar Dr Mohd Harridon Suffian, Ketua Unit Penerbangan Mencari dan Menyelamat, Institut Teknologi Penerbangan UniKL
Nahas helikopter Lumut: Sultan Selangor zahir dukacita, sifatkan insiden menyayat hati
Sultan Sharafuddin menambah baginda amat menghargai jasa, bakti dan pengorbanan anggota TLDM yang gugur semasa bertugas.
Kerajaan Terengganu pantau, elak ajaran sesat kembali menular
Selain ajaran Kerajaan Langit Ayah Pin, turut dipantau Pegawai Penguatkuasa Syariah (PPS) Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) ialah ajaran Mohib Khouli dan Kanzun Makhfiyyan.
Menteri Luar Mohamad Hasan adakan lawatan rasmi tiga hari ke China
Menteri Luar akan mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya, Wang Yi di Beijing untuk membincangkan isu dua hala, serantau dan antarabangsa yang melibatkan kepentingan bersama.
Teknologi canggih makmal analisis cryptocurrency selesai kes jenayah besar
Makmal analisis jenayah mata wang kripto yang mula beroperasi sejak 2021 merekodkan pencapaian membanggakan dan berjaya menyelesaikan kes-kes besar.
"Untung" RM110, rugi lebih RM200,000 akibat pelaburan tak wujud
Lelaki berusia 55 tahun itu mendakwa tertarik menyertai pelaburan yang dikatakan patuh syariah selain menjanjikan pulangan lumayan.
Pelajar IPTA di Arau alami kerugian RM38,000 ditipu Macau Scam
Seorang pelajar IPTA di Arau mengalami kerugian RM38,000 selepas dipercayai ditipu Macau Scam apabila terpedaya dengan dakwaan terlibat dalam siasatan kes pengubahan wang haram.
Macau Scam: Pesara guru rugi RM199,500
Mangsa mendakwa dihubungi suspek yang memperkenalkan diri sebagai pekerja syarikat penghantaran yang memaklumkan terdapat barang atas namanya.
PDRM sedang kenal pasti dalang seludup 43 rakyat Malaysia ke Peru
Polis sedang mengenal pasti dalang utama sindiket Macau Scam yang menyebabkan 43 rakyat Malaysia menjadi mangsa pemerdagangan manusia di Peru.
Kerajaan usaha bawa balik mangsa 'scam' luar negara
Buat masa ini kerajaan sedang berusaha mengesan mereka yang menjadi mangsa, kata Timbalan Perdana Menteri.
43 rakyat Malaysia mangsa sindiket Macau Scam diselamatkan di Peru
Seramai 43 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa penyeludupan manusia sindiket Macau Scam berjaya diselamatkan polis Republik Peru pada 7 Oktober lalu.
Guru paling ramai dalam kalangan penjawat awam jadi mangsa scammer di Johor - Polis
Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata faktor itu dipercayai berikutan terdapat banyak komuniti guru di negeri ini iaitu kira-kira 50,000 orang.
Macau Scam: Pekebun sayur rugi hampir RM800,000
Mangsa yang takut dengan ugutan itu mendakwa telah diarah memindahkan wang daripada akaun simpanan ke lima akaun berbeza.
Sebanyak 5,513 aduan penipuan dalam talian dilapor ke MCMC, ini lima jenis scam
Sebanyak 5,513 aduan penipuan dalam talian dilaporkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dari 2020 hingga Mei tahun ini.